Monday, 16 December 2013

( VIDEO ) - SALJI TEBAL DI MESIR SELEPAS 112 TAHUN

Gambar yang agak luarbiasa... unta di atas salji.....

Ribut salji terburuk dalam tempoh lebih 50 tahun juga turut melanda kebanyakan negara Timur Tengah, kawasan-kawasan di Kaherah, Baitulmuqaddis, Jerusalem hingga ke Syria telah diselaputi salji tebal. Ia merupakan kali pertama penduduk Mesir telah melihat dan mengalami salji dalam tempoh lebih 100 tahun.




Media-media sosial pantas diisi dengan imej dan video landskap dan permainan balingan bola salji, tetapi di kawasan seperti Palestin dan Syria, ramai yang terperangkap kerana tidak bersedia. Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kebimbangan bagi pelarian yang terperangkap dalam kesejukan, tetapi banyak keluarga tidak layak mendapatkan bantuan kerana mereka tidak berdaftar dengan PBB. Menurut Al Jazeera. Lapangan terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel, terpaksa ditutup pintunya  selepas salji tebal memenuhi lebuh raya utama.


Banyak bandar di negara-negara Timur Tengah yang purata turun hujannya kurang dari satu inci setiap tahun, telah diselimuti salji. Ibu kota Mesir, Kaherah yang terkenal kerana panas dan rimas turut bertukar menjadi putih pada hari Jumaat lalu. Laporan berita tempatan mendakwa ia adalah salji pertama ibu negara Mesir itu dalam tempoh 112 tahun. 


Orang Mesir telah menyaksikan salji buat kali pertama dalam hidup mereka dan ghairah menyiarkan gambar mereka di Instagram, Twitter dan Facebook.

Sumber google...

No comments:

Post a Comment