Monday, 9 December 2013

( VIDEO DAN FOTO ) - GAMBARAN JELAS RUSUHAN DI SINGAPURA


Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969, berikutan tempias rusuhan kaum di Malaysia ketika itu.Ahad malam tiba-tiba negara jiran kita itu dikejutkan dengan satu rusuhan besar di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire di kawasan yang dikenali ramai sebagai Little India.


View image on Twitter

Bagi siapa yang selalu ke Singapura, kawasan ini berdekatan dengan pusat beli belah 24 jam yang terkenal  iaitu Mustapa Store.

Memang kalau hari minggu, Little India itu jadi port ribuan pekerja asing khususnya warga India dan Bangladesh melepak.

View image on Twitter

Jika ikut kenyataan polis Singapura, rusuhan tersebut bermula jam 9.23 malam.

Kejadian dikatakan berpunca dari satu kemalangan jalanraya di situ melibatkan sebuah bas melanggar seseorang.

Ia mengakibatkan beberapa orang mengamok memukul dan memecahkan cermin bas. Ia kemudian melarat.

Apa yang berlaku kemudian terbakar sana sini.

View image on Twitter

Ambulan dan harta awam dibakar perusuh.

Kereta polis pulak diterbalikkan.

Menurut laporan agensi berita , Polis Singapura mengeluarkan kenyataan ringkas jam 11.50 malam Ahad.

"Pegawai polis di tempat kejadian dan dapat mengawal keadaan. Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari kawasan tersebut," jelas kenyataan tersebut.

Menurut saksi kejadian itu, Cik Iman Su , 31, yang berada di berdekatan Jalan Race Course, kekecohan bermula sekitar 9.45 malam, apabila orang ramai mula berkerumun di kawasan sekitar, menjerit dan membaling sesuatu.

"Keadaan itu kemudian bertukar kepada rusuhan, apabila kereta polis tiba, kereta polis tersebut diterbalikkan..." ujarnya.

View image on Twitter

Seorang lagi yang melihatnya  Nasharuddin Kahn , 32 ,memberitahu beliau melangkah keluar dari kedai 24jam di kawasan tersebut sebelum melihat puluhan kereta polis berkejaran ke arah Little India.

"Apabila saya melihat apa yang berlaku, saya pergi rumah flat berhampiran dan dan diberitahu supaya berada di dalam kawasan tersebut jangan keluar."


Katanya, beliau melihat pekerja asing terlibat membaling objek kepada pihak polis.

Satu lagi media Singapura, The Straits Times melaporkan kejadian berpunca dari pekerja Bangladesh dilanggar bas.

Laporan itu menyebut empat buah kereta polis diterbalikkan oleh perusuh.-Agenda Daily









Secara ringkasnya.... Rusuhan di Singapura berpunca dari pekerja asing warga India yang mati dilanggar oleh seorang pemandu bas warga Cina Singapura yang tidak membantu mangsa mahupun memohon maaf malah bersikap berlagak dengan memaki hamun pekerja asing warga Bangladesh yang membantu mangsa. Inilah sikap chauvanist bangsa Cina tidak kira dimana pun...





Dari status seorang rakan facebook : Kami masih ingat semasa kami semua pelajar pelajar di Medan ni sedang berdoa agar semua manusia samada dari pembangkang atau pro kerajaan dan pasukan penjaga keamanan sentiasa berada dalam keadaan selamat dari kejadian BERSIH 1, BERSIH 2 dan BERSIH 3 yang mana ada elemen campur tangan asing dari luar negara terhadap penganjurannya, media Singapura masa itu begitu memburuk burukkan situasi semasa pasukaan penjaga keamanan PDRM mengawal gerak laku liar para para pendemontran membantrok kereta polis PDRM Malaysia sehingga seolah olah PDRM sudah tidak dapat lagi membendung kacau balau tersebut walaupun tiada berlaku apa apa kebakaran dan kerosakan major. Kononnya juga malaysia ini tidak demokrasi pada masa itu yang di jaja media singapura kerna menghalang aktivitas demontrasi. Inilah bahana akibat terlalu memegang kuat perkataan KEBEBASAN. Kebebasan bersuara sampai hancur imej dan maruah. Inilah yang pemerintah Malaysia cuba elakkan. Namun hari ini Allah dan buat bayaran tunai pada Singapura. Itu la....lain kali jangan ikut campur masalah dalaman politik malaysia ya media Singapura kononnya tiada kebebasan dan kononnya juga kami tidak tahu mengawal keadaan...hari ini satu dunia sudah tahu yang kamu, sistem kamu, undang undang kamu dan negara kamu WAHAI SINGAPURA sudah LOOSE CONTROL untuk kawal riot semalam yang cuma hanya perbuatan sekumpulan kecil kekawanan Bangladesh. Nak kebebasan bersuara sangat kan? Tidak seperti di Malaysia. Pihak berkuasa mengawal situasi namun masih membenarkan demokrasi itu berjalan tapi dalam keadaan terkawal. Namun walau apapun bayaran Allah pada mereka tetap kami muhasabah diri kami.....kita hanya insan yang kerdil yang hanya mampu berdoa agar negara jiran kita itu kembali aman. Jangan sampai rusuhan ini merebak melewati ke perbatasan negara Malaysia. In syaa Allah....Polis Di Raja Malaysia PDRM kita pasukan penjaga keamanan terbaik dalam menangani permasalah rusuhan kerna kami percaya PDRM mempunyai banyak pengalaman dalam hal ini.






Singapura bergantung kepada pekerja asing terutamanya dalam sektor pembinaan dan ramai diantara mereka sering berkumpul di Little India pada hari Ahad untuk membeli-belah, makan dan minum.

Undang-undang Singapura boleh menghukum sesiapa yang didapati bersenjata dalam rusuhan atau menggunakan sesuatu objek sebagai senjata,  kepada penjara sehingga 10 tahun dengan kemungkinan sebatan.


No comments:

Post a Comment