Sunday, 22 December 2013

MAS KAHWIN DI PAHANG NAIK BERGANDA-GANDA

Kadar mas kahwin di Pahang berjumlah RM22.50 yang diamalkan sejak hampir 100 tahun lepas, dicadang dinaikkan kepada RM150.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Dan Adat Resam Melayu sedang meneliti perkara itu.
Mas kahwin Pahang naik daripada RM22.50 kepada RM150

“Pihak kerajaan melalui Jaip (Jabatan Agama Islam Pahang) sedang meneliti perkara itu dan membuat cadangan dengan kadar baharu iaitu sebanyak RM150.
“Bagaimanapun perkara ini perlu dipersembahkan terlebih dahulu kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bagi mendapat perkenan baginda selaku Ketua Agama Negeri Pahang,” katanya hari ini.
Beliau ditemui pemberita di luar dewan selepas menghadiri Persidangan Pertama Penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini.
Menurutnya, dengan mas kahwin RM22.50, pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga pada tahun-tahun 1920-an hingga 1930-an mampu membeli seekor kerbau yang berharga sekitar RM16 serta dua ekor anak kerbau berusia sebulan pada ketika itu.
Ini membolehkan pasangan berkenaan menggunakan haiwan berkenaan untuk menyara keluarga, katanya.
Sumber  : Utusan

No comments:

Post a Comment