Sunday, 1 December 2013

MARIAM MOKHTAR LEBIH TERROR PASAL AKTA HASUTAN BERBANDING KETUA POLIS NEGARA...!!!


Mariam Mokhtar yang telah diberi amaran oleh Ketua Polis Negara bercakap besar tentang ketiadaan mana-mana pihak dari PDRM mahupun daripada Ketua Polis Negara sendiri yang menghubunginya. Katanya lagi, tidak sahaja dia, kawan-kawannya yang lain juga tidak dihubungi oleh Ketua Polis Negara mahupun PDRM.

Justeru katanya, Ketua Polis Negara tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Akta Hasutan MAHUPUN peranan kerajaan. Lagipun katanya lagi, baik dia mahupun medium yang menerbitkan tulisannya, melakukan siaran bukanlah untuk menarik perhatian atau menggamit kedatangan pelawat.

Mariam Mokhtar turut bertanya dengan nada menyindir, adakah Ketua Polis Negara sebenarnya sedang cuba untuk menyekat aliran maklumat daripada disebarkan kepada masyarakat, sekaligus sanggup berbohong untuk memperdayakan rakyat Malaysia. (BACA DI SINI)

Hebat betul orang yang sangat berdendam dengan Taib Mahmud ini!

Mariam Mokhtar dalam beberapa siri penulisannya mempersoalkan tentang kewajaran tindakan Kerajaan menghalang kemasukan abu mayat Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya tetapi memberikan kebenaran kepada seorang penyokong aliran Maoist yang merupakan warganegara Malaysia (statusnya masih lagi disiasat). Mariam Mokhtar turut mempersoalkan tentang tindakan Kerajaan yang mungkin ada kena-mengena dengan bangsa memandangkan Chin Peng adalah berbangsa Cina manakala Siti Aishah Abdul Wahab pula berbangsa Melayu.

Yang tidak disentuh mahupun ditulis oleh Mariam ialah Chin Peng tidak pernah menjadi, memohon atau dianugerahkan kerakyatan Malaysia.

Kira terer ler si Mariam Mokhtar nih, kan sebab dia lagi faham tentang Akta Hasutan memandangkan tulisannya menentang kerajaan. Kalau menentang Pakatan Rakyat, barulah dia akan kata itu baru termasuk dalam Akta Hasutan!!! 
SUMBER

No comments:

Post a Comment