Friday, 20 December 2013

LEBUH RAYA SHAH ALAM TIDAK AKAN NAIKKAN KADAR TOL


KUALA LUMPUR 19 Dis. - Kadar Tol di Lebuh Raya Shah Alam (LSA) tidak akan mengalami sebarang kenaikan tahun hadapan.

Menurut kenyataan KESAS Sdn Bhd., LSA tidak tersenarai sebagai lebuh raya yang akan mengalami kenaikan kadar tol pada 2014.

"Sebagai pemegang syarikat konsesi LSA, kami ingin menjelaskan bahawa sebarang laporan berhubung kadar kenaikan itu adalah tidak benar sama sekali.

"Oleh itu, diharapkan masyarakat umum terutamanya pengguna LSA tidak lagi membincangkan atau memberi sebarang komen di media-media sosial berhubung isu ini," katanya.

Laporan mengenai kenaikan tol timbul selepas Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, kadarnya akan disemak semula tahun depan bagi mematuhi perjanjian antara kerajaan dan pemegang konsesi.

Satu laporan akhbar baru-baru ini melaporkan bahawa tol dijangka meningkat antara 30 sen dan RM1 bagi 13 lebuh raya

No comments:

Post a Comment