Monday, 2 December 2013

KECEWA DIGELAR 'BARUA UMNO' - UKE UMUM KELUAR PAS

alt

KUALA LUMPUR 2 Dis - Pendakwah bebas,Ustaz Mohammad Kazim Elias hari ini memgumumkan keluar daripada Pas kerana kecewa dengan sikap parti tersebut yang menuduhnya 'barua UMNO'.
 
"Saya kecewa dengan Pas kerana saya disebut barua UMNO," katanya ketika ditemui di Bangunan Parlimen hari ini selepas selesai berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Menurut Ustaz Kazim,  fitnah dan tohmahan itu semakin `menjadi-jadi' selepas dirinya ditawarkan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO.
 
"Belum pun saya beri kata putus terima atau tolak (Majlis Tertinggi UMNO), saya diserang dengan kata-kata, digelar binatang, munafik. Ada pimpinan Pas kata saya seperti kambing yang akan dimakan serigala, agamawan bercelaru, seolah-olah akan jadi berhala atau patung sembahan dalam UMNO dan macam-macam.
 
"Ini menggores hati saya. Kesabaran pun ada hadnya. Tetapi saya sudah lama berkecil hati dengan Pas. Serangan terhadap saya bermula pada 2004 sedangkan saya aktivis Pas. Mereka boikot kata saya anjing UMNO, macai UMNO, barua UMNO sedangkan saya tak pernah jadi ahli UMNO," katanya.
 
Sementara itu,Ustaz Kazim menyerahkan Najib yang juga merupakan Presiden Umno untuk mengumumkan mengenai keputusan status perlantikannya.
 
Penceramah rancangan 'Kalau Dah Jodoh' di Astro Oasis ini mula mendapat perhatian kerana merupakan antara sembilan yang dilantik membarisi kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi  UMNO.

No comments:

Post a Comment