Sunday, 15 December 2013

ISU PELANGGAN MENGAMUK - P1 WIMAX TAMPIL BERI PENJELASAN


Berikut adalah penjelasan dari pihak mereka untuk mengatasi permasalahan mengenai CTOS ini :

1. Sila hubungi mereka melalui apa saja cara yang menyenangkan anda. Samada melalui panggilan, inbox, website, atau pergi terus ke HQ mereka. Jangan pergi kat tempat-tempat lain selain dari HQ mereka. Di manakah HQ2 mereka boleh rujuk dalam website P1 sendiri. Ingat, bukan semua kedai yang ada signboard P1 adalah mewakili terus dari pihak P1. Mereka2 tue agent jualan je. Nak berurusan dengan P1 pasal benda neh kena directly pada HQ mereka.

2. Masalah yang paling banyak dihadapi oleh bekas pelanggan P1 ialah mereka dituduh tidak memulangkan modem. Benarkah hal itu? Boleh kah terjadi bahawa CUSTOMER PULANGKAN MODEM PADA AGENT JUALAN tetapi AGENT JUALAN tak bagitau pada HQ bahawa pemulangan MODEM sudah dibuat?

3. Jadi, apa yang perlu anda buat?

4. Dapatkan bukti kukuh seperti dokumen, video, gambar atau apa saja sebagai bukti bahawa anda sudah pulangkan modem atau hanya pulangkan modem kepada HQ P1 sahaja.

5. Ingat. Bila dah pulangkan modem automatik korang tak terikat langsung dengan bayaran tiap2 bulan. Apa yang perlu korang bayar ialah termination fees. Dalam RM200++ lebih aje. P1 bagitau ;

-Bawah 7 hari takan dikenakan termination fee.

-Selepas 7 hari ada termination fee.

Jika korang pulangkan balik semua benda termasuk modem dan batalkan kontrak ko hanya layak dikenakan termination fee jika selepas 7 hari. 

Dengan mengatakan korang terikat dengan kontrak dan perlu membayar tiap2 bulan itu adalah merupakan satu kesalahan.

6. Jadi, jika korang benar2 dah tamatkan kontrak ikut syarat2 yang dia nyatakan mengenai termination fee, maka buat laporan polis.

7. Salinan laporan tersebut dengan kemukakan bukti2 yang korang dah pulangkan modem, dengan surat pelepasan kontrak, hantar kepada P1.

8. Boleh terus direct kat sini sebenarnya. Lagi bagus. Sebab mereka akan terus call korang untuk selesaikan masalah.

 http://www.p1.com.my/customercare/

Masukkan maklumat2 penting seperti no account [ini penting untuk rujukan] dan juga masalah yang dihadapi. Bagi no telefon untuk dihubungi. Jika rasa tak selesa dengan no telefon bagi email. Mereka respon dengan cepat jika kita gunakan cara ini.

9. Jika rasa nak report SKMM pun tiada masalah. Cuma salinan laporan itu boleh dimaklumkan kepada P1. Salinan report polis pun boleh dimaklumkan pada P1. Lebih baik. Kerana ini memberikan mereka persepsi bahawa sesungguhnya kita tidak bermain dengan kata2 kita bila kita bersungguh mengatakan bahawa modem sudah dipulangkan, pakej langgan sudah lama ditamatkan.

10. Menurut wakil P1, perkara ini boleh diselesaikan jika bekas pelanggan P1 datang kepada mereka. Mereka yang benar2 teraniaya dengan P1 akan dilepaskan dari beban hutang yang tak sepatutnya. Manakala mereka2 yang menipu, perlu membayar hutang2 tersebut. Menurut P1 ada yang menipu ada yang mereka akui kesilapan berpunca dari pihak mereka. Cuma apa yang mereka harapkan ialah pelanggan datang melapor kepada mereka untuk selesaikan permasalahan ini.

Sumber - Nescafeais / SENSASI

No comments:

Post a Comment