Thursday, 26 December 2013

HIMPUNAN HARAM GULINGKAN KERAJAAN - SIA-SIA BUAT LAPORAN POLIS!!! DEMONSTRASI TETAP BERJALAN LANCAR !!! !!!


Bila terdedahnya rancangan Pakatan Rakyat untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada tengah malam 31 Disember 2013, maka berduyun-duyunlah juga banyak pihak dari UMNO di seluruh negara selain NGO-NGO yang menyokong UMNO untuk buat laporan polis.

Cuma setakat itu sajalah...

Dan sekalipun beribu-ribu laporan polis dibuat, demonstrasi tetap juga berlangsung. Lebih menarik lagi, dalangnya tidak pernah didakwa atau disabitkan dengan kesalahan. Mereka bebas sebebas-bebasnya. Tidak itu sahaja, mereka juga boleh bercakap besar, berkempen ke sana ke mari dan memberitahu orang ramai, Kerajaan dan pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka menggunakan hak dalam Perlembagaan Malaysia yang membenarkan perhimpunan.

Nampaknya kali ini juga perkara yang sama juga sedang berlaku!

Laporan demi laporan polis mulai dibuat. Balai-balai polis di seluruh negara sedang sibuk menerima kunjungan orang UMNO dan NGO-NGO yang kebanyakannya Melayu.

Petanda negatif telah pun wujud. Permohonan PDRM untuk mendapatkan waran tahanan untuk ketua TURUN, telah ditolak oleh Mahkamah Magistret semalam!

Tentu kita masih ingat dengan kehebatan Pejabat Peguam Negara membakul sampahkan kertas-kertas siasatan PDRM tentang BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, BLACKOUT 505, HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT dan sebagainya. Walaupun PDRM telah menyenaraikan nama individu-individu tertentu untuk siasatan, namun berkat campurtangan Pejabat Peguam Negara, kes tersebut senyap begitu sahaja.

Kali ini juga nampaknya perkara yang sama akan berlaku!

Hari ini, Facebook sudah kurang riuh tentang acara MENGGULINGKAN KERAJAAN apabila pendedahan dibuat semalam. Namun cerita-cerita tentang demonstrasi yang diwajarkan untuk menentang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, semakin bercambah walaupun pada masa yang sama, mereka langsung tidak menceritakan tentang kenaikan besar yang berlaku di Selangor.

Melihat kepada fenomena sedia ada, rasa-rasanya tak perlulah laporan polis dibuat sampai beribu-ribu jumlahnya. Contoh sudah tersedia, beribu-ribu laporan polis dibuat terhadap Ambiga Sreevanasan, dia tetap juga hidup bebas. Beribu-ribu laporan polis dibuat terhadap Tian Chua dan Anwar Ibrahim, Chegu Bard dan Azmin Ali, kelibat mereka tetap ada di mana-mana.

Laporan-laporan tersebut hanya menyusahkan PDRM sahaja untuk membuat kertas siasatan dan apabila diajukan kepada Pejabat Peguam Negara, kertas-kertas siasatan tersebut akan disenyapkan. Yang akan menjawab nanti adalah Menteri. Dulu Hishamuddin Hussein Onn yang dituduh lembik walaupun yang menghalang adalah Ghani Patail. Kali ini, Zahid Hamidi pula yang akan kelihatan lembik, malah Ketua Polis Negara juga akan dituduh tidak bersungguh-sungguh apabila hakim Mahkamah Majistret dengan menggunakan kuasanya menolak permohonan waran PDRM.

Siapa yang boleh lawan hakim-hakim mahkamah? Siapa yang boleh lawan Peguam Negara?

Berhentilah daripada buat kerja sia-sia menerusi laporan polis!!! sumber

No comments:

Post a Comment