Monday, 23 December 2013

HIMPUNAN GULING KERAJAAN - LAWAN SAMPAI MATI....??? APA YANG MEREKA LAWAN SEBENARNYA...???

lawan

Himpunan guling Kerajaan (TURUN) yang dianjurkan Pembangkang pada kali ini menampakkan satu agenda baru yang cuba mereka lakukan dengan matlamat berdemonstrasi seolah-olah rakyat Malaysia dikhianati, ketika Bersih 1 hingga 3 matlamat mereka mahu menuntut PRU yang adil.

Kononnya 40,000 Bangla undi BN yang di bongkar oleh Anwar tetapi selepas PRU13 Anwar hanya menyatakan 40 ribu Bangla tersebut hanya rekaan UMNO sahaja. Kali ini mereka mengunakan agenda disebalik harga barang yang semakin meningkat,  Bezanya dahulu mereka menggunaan sentimen bangsa yang mana mereka bergerak melalui NGO-NGO pembangkang.

Tapi kali ini mereka gunakan sentiment kristianiti yang memaparkan topeng  ’Guy Fawkes’ didalam perhimpunan itu nanti dan konsep ini seperti membawa ideolagi kristianisasi barat.‘Guy Fawkes’ merupakan seorang revolusioner Kristian yang menentang Raja James 1 untuk memastikan pemerintahan Monarki Kristian dan penguasaan gereja semula dalam masyarakat Eropah.Boleh dikatakan ‘Guy Fawkes’ juga merupakan seorang misionari Kristian yang membantu penyebaran agama itu.
Jadi sebagai umat Islam, kalau kita boleh mengharamkan sambutan Valentine, sambutan itu dan ini kerana sesuatu sambutan itu berunsur keagamaan, kenapa pula harus kita menggunakan topeng ‘Guy Fawkes’ seorang pejuang Kristian yang berjuang untuk agamanya sebagai lambang kita? Jangan kita terperangkap dengan tipu daya Nasrani dan Yahudi.
 

No comments:

Post a Comment