Saturday, 14 December 2013

( FOTO ) - NGERI !!! MAYAT WANITA DIPENGGAL DAN DIKERAT 7 BAHAGIAN, KEPALA MASIH BELUM DITEMUI..

Mengikut keadaan mayat seperti dalam laporan di bawah, gambar mayat tersebut telah pun disiarkan di dalam blog ini, kelmarin. Ketika itu, polis menafikan bahawa kejadian itu berlaku di Sibu.... baca di sini dan lihat gambar berikut :

1464095_1445512912336619_952909538_n

Singapura – Penduduk di kawasan McNair Spring terkejut dengan penemuan mayat seorang wanita tanpa kepala dan dikerat tujuh di tepian Sungai Whampoa, Jalan McNair di sini pada pagi Khamis.Penduduk yang melihat mayat wanita tanpa baju itu sukar untuk menggambarkan kepada pemberita akibat kaku melihat mayat tanpa kepala itu.

Menurut sumber, mayat wanita itu hanya memakai seluar dalam berwarna hitam.Akhbar petang berbahasa Cina, Lianhe Wanbao melaporkan mayat mangsa telah dikerat di bahagian sendi dan pelipat kepada tujuh bahagian.Namun, kepala dan tangan mangsa masih lagi hilang.

Bahagian-bahagian yang dikerat tersebut dijumpai di dalam sebuah beg plastik sampah.Menurut laman Stomp, mayat itu dijumpai oleh dua orang pejalan kaki yang sedang berjoging di tepian sungai tersebut.

“Saya bercakap dengan salah seorang yang sedang berjoging disitu dan dia berkata dia serta rakan ternampak sebuah plastik beg hitam yang menyerupai bentuk badan dan kelihatan seperti bentuk kaki.

“Dia terus menghubungi polis,” jelas sumber.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian luar biasa.Menurut polis, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa.Bagaimanapun, pihak polis masih lagi tidak dapat membuat kepastian masa mangsa dibunuh.Pihak polis masih mencari tempat asal di mana mangsa dibuang ke dalam sungai serta mencari saksi-saksi kejadian bagi membantu siasatan. - Lapor Mypaper.

No comments:

Post a Comment