Friday, 6 December 2013

( FOTO ) - KEMALANGAN KERETA MEWAH DI LEBUHRAYA PLUS


Gambar yang dipetik dari facebook Oh! Media, mengenai kemalangan jalanraya yang berlaku di Lebuhraya Plus menghala ke Selatan.  Kemalangan melibatkan sebuah kereta mewah Lamborghini dan satu kenderaan lain pagi tadi itu menyebabkan kesesakan teruk sepanjang 2 km. 



Info tersebut menyatakan kenderaan mewah itu sedang berkonvoi menuju Singapura. 

Tiada info lanjut diperolehi....

Sebenarnya bukan sebuah Lamborghini bersama kenderaan lain tetapi ketiga-tiga kereta yang terlibat kemalangan itu adalah dari jenis yang sama iaitu Lamborghini. 

UPDATE : 

SEREMBAN: Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 260 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban, pagi ini.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika lima kereta milik warga Singapura berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, kereta ketiga dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu lalu menyebabkan kebakaran. 
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, berkata dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.

Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri. Berita Harian

Teman kata : Berhati-hati di jalanraya, lebih-lebih lagi dalam cuaca hujan yang tidak menentu sekarang ini. Patuhi had laju yang ditetapkan. Kenderaan mewah tidak menjamin tidak berlakunya kemalangan.......

No comments:

Post a Comment