Thursday, 26 December 2013

FITNAH - HURUF ALIF PADA KALIMAH ALLAH DITUKAR KEPADA LOGO 1 MALAYSIA

kalimah ALLAH
FITNAH : Huruf alif pada kalimah ALLAH ditukar dengan logo 1Malaysia.

Sangat tidak bertanggungjawab!!!  Satu cubaan memfitnah Umno nampaknya dimainkan oleh Pas Rantau Panjang kononya Umno lah yang membuat risalah seperti di atas. Mereka seharusnya menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut dan  bukannya terus menuduh umno yang menjadi dalang dalam perbuatan ini. Bukankah kes seperti menyimbah cat pada kenderaan mereka dulu seakan-akan sengaja di buat agar kononnya Umno bertindak zalim. 


Terkini kalimah Allah pula yang disasarkan dibuat sedemikian rupa agar menunjukkan Umno ni zalim walhal mereka tiada pun bukti yang jelas. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh badutrakyat yang menganggap perkara ini berkemungkinan di buat oleh orang Pas sendiri untuk membuatkan ahlinya marah dan akhirnya nekad untuk merusuh di malam tahun baru.

Berikut fitnah yang mereka lemparkan seperti yang disiarkan oleh SH : 

RANTAU PANJANG – Pas Kawasan Rantau Panjang menyelar tindakan pihak tertentu yang menukar huruf alif pada kalimah ALLAH kepada nombor satu atau logo 1Malaysia dan menggesa pihak terbabit bertaubat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, tindakan berkenaan dikesan pada risalah didakwa menggunakan logo Umno yang diedarkan di sekitar kawasan ini.

Beliau mendakwa, tindakan mengubah kalimah ALLAH dengan membuang huruf alif dan menggantikannya dengan nombor satu yang bermotifkan jalur gemilang sebagai tindakan yang boleh meruntuhkan iman.

"Kalimah ALLAH tidak boleh ditukar dengan mana-mana simbol dan tindakan sebegitu menunjukkan kejahilan serta tidak mempunyai ilmu mengenai agama.

"Di mana ulama atau pakar agama dalam Umno? Mereka sepatutnya menegur pihak yang berbuat perkara ini kerana ia dilihat seperti sengaja mempermainkan kalimah ALLAH," katanya.

Beliau menggesa agar risalah berkenaan ditarik balik dan kesalahan tersebut diperbetulkan agar tidak merosakkan aqidah umat Islam.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang, Mohammad Zailani Mohd Yunus berkata, pihak terbabit sepatutnya mengharamkan edaran kertas tersebut.

"Ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan sebenar ayat-ayat al-Quran diturunkan kepada umat manusia.

“Pihak terbabit sepatutnya merujuk Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-69 (2005).

“Kami berpendirian perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menggambarkan ketaasuban melampau dan membuta tuli,” katanya.

Beliau mendesak pihak terbabit menarik balik edaran risalah berkenaan serta memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan.

No comments:

Post a Comment