Tuesday, 12 November 2013

WANTED : 'JOEMAR OMAR' RAKAN PENJENAYAH TEMBAK MATI PEGAWAI AMBANK DIBURU PDRM


KUALA LUMPUR : Susulan penangkapan suspek utama dalam kes #rompakan dan bunuh di Ambank cawangan Subang Jaya, polis kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai 'Joemar' yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga bersubahat merancang rompakan dengan suspek utama.

"Joemar bukan  #pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia, Isnin.

Khalid juga berkata polis sudah mengenali identiti sebenar #suspek utama itu dan mengesahkan lelaki berusia 35 tahun tersebut berasal dari Sulawesi, Indonesia.



Suspek sebelum ini menggunakan nama dan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah syarikat kawalan keselamatan di ibu negara.

Lelaki itu diberkas oleh polis kira-kira pukul 7 pagi Ahad di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas diburu sejak 23 Okt lalu.

Mengulas tangkapan lelaki itu, Khalid berkata polis tidak menemui wang rompakan pada suspek.

"Ini bermakna, kita hanya menemui hasil rompakan berjumlah RM20,000 yang ditemui bersama tiga ahli keluarga suspek sebelum ini. Kita juga sedang mengesan senjata api yang digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya.

Hasil siasatan awal, suspek mengaku menggunakan kad pengenalan palsu yangdibeli daripada seorang lelaki Indonesia di Malaysia, katanya.

"Kita juga sedang menjalankan siasatan berhubung penjualan kad pengenalanpalsu ini termasuk harga yang ditawarkan walaupun kad pengenalan palsu ini tidakboleh diakses oleh peranti biometrik," katanya.

Sehingga malam Isnin, polis menahan 12 orang termasuk suspek utama berhubung kes itu.

No comments:

Post a Comment