Wednesday, 13 November 2013

SIAPA DIGELAR 'YB SELUAR JEANS' ...???

Terima gelaran 'YB seluar jeans'
Dr Zabri (dua, kiri) mengenakan seluar jeans ketika menghadiri majlis anjuran Fama.
TAIPING -  Laporan sebuah laman blog yang melabel Adun Trong, Dr Zabri Abd Wahid sebagai wakil rakyat ‘seluar jeans’ diterima secara positif oleh Adun berkenaan.

Dr Zabri berkata, situasi itu tidak sewajarnya digembar-gemburkan kerana dilihat bukan satu kesalahan besar.

Menurutnya, beliau lebih selesa mengenakan seluar berkenaan kerana setiap kali menjalankan aktiviti turun padang, banyak tempat yang dikunjungi termasuk kawasan kebun.

"Saya tidak menyangka tindakan mengenakan ‘seluar keras’ itu mendapat perhatian pihak tertentu,” katanya ketika mengulas laporan sebuah laman blog mengenai perkara berkenaan.

Perkara itu timbul kerana tindakannya yang sering mengenakan seluar berkenaan dalam setiap majlis yang dihadirinya termasuk melawat penduduk atau menziarahi kematian.

Zabri mengakui, ada ketikanya pakaian itu tidak bersesuaian dengan majlis yang dihadiri.

“Pada saya ia sesuatu yang positif kerana ada pihak dilihat seolah-olah prihatin dengan tindakan saya, cuma saya harap mereka faham tugas wakil rakyat yang perlu menghadiri banyak tempat.

“Apa yang penting pakaian tersebut boleh digunakan untuk sembahyang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zabri berkata, tumpuan kini adalah mengukuhkan jentera bagi menghadapi persaingan PRU14 akan datang.

Katanya, isu remeh seperti itu tidak akan mengganggu tumpuannya.

“Saya akan berusaha keras untuk memberikan apa yang dikehendaki rakyat khususnya di Dun Trong.

“Saya  berharap rakyat  Trong akan menerima manfaat tersebut,” katanya. SH

No comments:

Post a Comment