Thursday, 7 November 2013

PUNCA CALON SPM REBAH DAN MENINGGAL DI DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

Foto
JENAZAH Nur Syazwani (gambar kecil) di bawa ke hospital, semalam.
Pasir Puteh : “Nur Syazwani memaklumkan dia terlalu dahaga dan meminta air daripada saya sebelum kami bersama-sama masuk ke dalam dewan peperiksaan,” kata Nik Nadhirah Mohd Zain, 17.

Dia rakan karib Nur Syazwani Arifin, 17, yang rebah dan tidak sedarkan diri ketika menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Anis, di sini, semalam.
Menurut Nik Nadhirah, dia tidak mengesyaki apa-apa dan beranggapan arwah mungkin dahaga atau tidak sempat bersarapan pagi.

Katanya, ketika memasuki dewan peperiksaan arwah sempat berbisik supaya menjawab dengan tenang dan yakin. “Rupa-rupanya itu pesanan terakhir daripadanya selepas kami masuk ke dalam dewan peperiksaan".


Menurut bapanya, Ariffin Deraman, “Allahyarham pernah mengadu sakit dada, belakang dan sesak nafas, namun saya tidak mengesyaki sebarang penyakit kronik kerana selepas menerima rawatan di hospital minggu lalu, keadaannya pulih.  Malah, Allahyarhamah Nur Syazwani, kelihatan ceria pagi semalam, sebelum ke sekolah untuk menduduki kertas pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sempat mencium tangan saya dan ibunya, Wan Noriah Wan Deris,” 
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad : 

"Sebelum ini beliau pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini. Tiba-tiba pelajar berumur 16 tahun itu rebah dan pengsan di atas lantai dewan pemeriksaan sekolah "

Berkemungkinan CVA ... cardiovascular or cerebrovascular accident. Atau ruptured aneurysm.

Pengajarannya ialah walaupun hanya remaja, pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu berkemungkinan besar bukan disebabkan oleh gastrik.

Buat pemeriksaan lengkap...... AL-FATIHAH. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN ALLAH MENEMPATKANNYA DI KALANGAN PARA SYUHADA....


No comments:

Post a Comment