Wednesday, 27 November 2013

#PRKAMPUS - PRO M ATUR STRATEGI KOTOR, SABOTAJ CALON SENDIRI...???


Seperti mana yang pernah kami ramalkan sebelum ini, gerombolan mahasiswa pro pembangkang ini akan melakukan apa sahaja bagi memenangi pilihanraya kampus kali ini. Bak kata kumpulan UMBRELLA,Ramalanku Benar Belaka, memang kita sudah jangkakan mereka akan gunakan taktik kempen seumpama ini. Semenjak pakatan pembangkang berjaya merampas negeri-negeri kaya pada PRU-12, nampaknya penyakit berpolitik tanpa henti ini merebak pula ke dalam kampus-kampus IPTA.
 
Penulis ingat lagi sewaktu masih menuntut di UPM dahulu, pilihanraya kampus ini berlalu seperti angin yang menyapu muka sahaja. Mana ada kecoh-kecoh macam sekarang ini. Lagi pun, buat apa hendak mati-matian berkempen jika hanya menang pada nama dan jawatan yang diraih pun tidak dapat membawa apa-apa perubahan yang signifikan kepada hidup yang lain?
 
Berbalik kepada isu di atas, pada hemat kami, taktik di atas adalah permulaan kepada rentetan strategi kotor yang dirancang oleh Pro M untuk menang melalui simpati dan fitnah. Mereka tidak mampu melaksanakan kempen bersih dan promosi kepada calon mereka kerana mereka tidak berminat pun untuk mewakili suara pelajar yang lain dan membela nasib mereka jika menang kelak.
 
 
 
 
Samalah seperti pakatan pembangkang. Mereka hanya mahu menang kerana dendam, benci dan kuasa. Hanya kemenangan melalui perlawanan pilihanraya ini sahaja yang dapat menenuhi nafsu serakah mereka. Lagi teruk jika gerombolan mahasiswa ini dilatih pula oleh geng-geng "R" yang didalangi Husam-DSAI aka IKD.
 
Kami ingat lagi bagaimana PANASnya kempen PRU di Putrajaya tidak lama dahulu. Geng-geng "R" yang jumud dan taksub ini berjaya membawa budaya perpecahan-kucar-kacir ke dalam wilayah orang Melayu yang selama ini hidup aman tenteram. Maka, bolehkah kita semua bayangkan, jika budaya itu dibiarkan pula bercambah segar di IPTA yang memang dikenali sebagai sangat aktif dalam berpolitik sejak dulu?
 
Nasihat kami kepada para mahasiswa yang sedang menghadapi pilihanraya kampus: Pilihlah calon yang boleh membawa kredibiliti diri dan bukannya kelompok yang gemar menanam budaya kebencian. Anggap sahajalah taktik-taktik basi Pro M ini semua hiburan dan perencah rasa dalam kempen pilihanraya kampus kali ini. Kalau tidak ada mereka, bosan juga jadinya kan?


No comments:

Post a Comment