Tuesday, 26 November 2013

PKR SABAH RANAP - 2 ADUN DAN 11 KETUA CABANG UMUM KELUAR PARTI


Hancur berkecai... itulah yang jadi pada sturuktur kepimpinan PKR Sabah selepas 11 ketua cabang (bahagian) parti itu umum keluar parti dalam satu pertemuan dengan Presiden UMNO di ibu pejabat UMNO PWTC Kuala Lumpur petang Selasa.

Bukan hanya keluar parti, mereka bahkan mengatakan sokongan terbuka kepada BN.
Turut hadir dalam pengumuman tersebut dua ADUN PKR yang umum keluar parti baru-baru ini iaitu ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.
Manakala cabang-cabang PKR yang 'ranap' di Sabah itu adalah Kota Belut, Kudat, Kota Merudu, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.
Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media selepas itu menjangkakan gelombang kedua keluar PKR akan berlaku tidak lama lagi.
Turut serta dalam sidang media dalam sidang media tersebut adalah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.
Baca selanjutnya di..... AgendaDaily
BERIKUT Senarai Ketua Cabang PKR umum keluar parti ekoran Hilang Percaya kepada kepimpinan PKR dan Campurtangan pimpinan PKR pusat ke atas PKR anak tempatan Sabah.

1) Angki Addek ( kota marudu)
2) Anthony Mandiau 
3) Juhani Abd Halim 
4) Mohd Jun ( kelabakan) 
5) Mustapha Tambuyung (Kinabatangan)
6) Lokuan Ureh ( semporna)
7) Timoty Lim ( sepangar)
Apandy Sipin ( persiangan)
9) Soloh Yuna (Kota belud)
10) Jelani Hamdan
11) Jeremmy Malajad (kedamaian) - Rakyat News
Mereka kata : "PKR tak relevan kerana hanya Untuk Anak beranak Anwar Ibrahim sahaja".
Apa pulak komen Anwar Ibrahim ? Menafikan yang mereka adalah orang PKR..??? Muahahahaha.....!!!!

No comments:

Post a Comment