Monday, 18 November 2013

PENDEDAHAN - SIAPA TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN DI PERAK YANG DITANGKAP SPRM DI LCCT ...???


Beberapa hari yang lepas, heboh di media sosial, tentang penahanan seorang Timbalan Ketua Bahagian UMNO Perak di LCCT semasa baru pulang dari 'makan angin' di Indonesia.  Ketika itu, admin ambil sikap tunggu dan lihat, bimbang jika ianya sekadar fitnah atau khabar angin....



Bagaimanapun, seorang sahabat sama AJK Bahagian dengan admin telah memaklumkan bahawa Timbalan Ketua Bahagian UMNO yang dimaksudkan adalah dari Bahagian Tg Malim, iaitu Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh, 41, yang juga Pengarah Urusan SPNB.

Berat hati sebenarnya mahu memaparkan berita ini. Bimbang jika paparan admin akan disindir oleh rakan-rakan blogger dari Perak kerana mendedahkan keburukan orang penting dalam parti sendiri yang diibaratkan membuka pekung didada dengan bertujuan untuk memberi kredit kepada pembangkang pada PRU14...

Tetapi.... yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Berpegang kepada prinsip itulah, maka admin berani dedahkan selepas menerima Info ini kerana memikirkan UMNO akan hancur jika amalan rasuah terus digunakan untuk meraih undi perwakilan bagi mendapat jawatan di peringkat bahagian.

Admin difahamkan, Datuk Dr. Kamarul Rashdan disoal siasat selama tiga jam dan perwakilan yang lain selama sejam. Beliau ditahan berkaitan rasuah di dalam pemilihan UMNO  yang baru lalu. Dikhabarkan juga, kontraktor SPNB yang menyelesaikan urusan pembayaran sepanjang kempen beliau untuk meraih jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tanjung Malim itu.

Selain daripada itu, blog GAP juga telah mendedahkan tentang kekayaan beliau dan hubungan dengan Dato Husni Hanadzlah. Malahan pada minggu lepas juga, iaitu pada hari Khamis beliau dikatakan telah memberi RM 5000 kepada setiap Ketua Kampung yang telah mengundi beliau.


Gambar program terbuka  adalah seperti yang disiar.

Benar atau tidak pemberian wang RM 5k tersebut, kita harap pihak berkenaan boleh mengesah atau menafikannya. Yang lebih menariknya adalah kes ini cuba melibatkan Dato Husni Hanadzlah untuk menyelesaikannya. Sama ada benar atau tidak,  kita tunggu pihak terlibat memberi respon berkaitan hal ini. Peliknya, (jika ia) kenapa perlu campur tangan pihak lain untuk menyelesaikannya? Bagaimana dengan SPRM.... ???

Minta Tan Sri Megat Nadzmuddin Pengerusi JK Tatatertib UMNO ambil perhatian dan tindakan jika sahih maklumat ini!!!

Gambar dari sini

No comments:

Post a Comment