Friday, 8 November 2013

PELIK... LETAK JAWATAN PENGERUSI PKR TAPI TAK PERNAH JADI AHLI PKR... ??

KOTA KINABALU  –  Ahli Dewan Undangan Negeri Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dari Parti Keadilan Rakyat hari ini mengisytiharkan peletakan jawatan Naib Pengerusi 1 PKR Sabah berkuat kuasa serta merta.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa dakwaan dia akan keluar daripada PKR langsung tidak timbul kerana pada hakikatnya tidak menjadi ahli parti berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Seterusnya... SEPERTI dijangka, seorang lagi ADUN PKR mengumumkan keluar parti tersebut dan menjadi ADUN Bebas pro BN.  Datuk Jelani Hamdan, ADUN Matunggong hari ini mengumumkan perletakkan pelbagai jawatan dalam parti tersebut dan keluar dari PKR dalam masa yang sama.

Beberapa hari lepas, ADUN Kedamaian, Jeffery Malajad turut mengumumkan keluar dari PKR untuk menjadi ADUN Bebas mesra BN.  Kalau ikut ramalan Ketua Menteri Sabah, lepas ini ada lagi ADUN pembangkang yang akan melompat.

Apa yang terdaya dilakukan PKR ialah mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan kedua ADUN tersebut, nak bagi nampak macam PKR ini parti yang cukup anti dengan gejala lompat melompat parti.

Macam biasalah, segala bahasa kesat dan busuk dilemparkan kepada kedua orang ADUN tersebut.  Pengkhianatlah, itulah, inilah, selit-selit dalam itu, dia hentak BN.  Eh, apa pulak BN kena mengena dalam ini gambar, ada bukti ke?

Tapi kalau dari BN melompat masuk PKR, oh, itu tak mengapa, demokrasi – bodoh macam itulah PKR ni.

Menariknya, kedua-dua bekas ADUN PKR ini melompat parti kerana membantah tindakan Anwar melantik Lajim Ukin sebagai Ketua PKR Sabah.  Tak tahulah apa  kaum Lajim ini, tapi kedua-duanya mahu bangsa Kadazan Dusun dilantik menjadi Ketua PKR di Sabah.

Sepatutnya begitu sebab penduduk majoriti Sabah terdiri dari kaum Kadazan Dusun Murut (KDM)., lebih 60% kalau tak silap penulis (kalau silap, maafkanlah).

Dalam masa sama, penulis ingatkan PKR parti tolak politik perkauman, rupanya lagi kelat dia punya perkauman sampaikan sanggup keluar parti kerana bukan kaum dia yang dilantik mengetuai PKR di Sabah.

Tak mengapalah, kita BN faham kepentingan kaum dan politik di Malaysia ini, tapi yang cakap macam bagus kononnya menolak politik perkauman ialah PKR, apa sekali dalam parti dia pun lagi teruk perkaumannya.

Ironinya, Lajim pun asal dulu BN melompat masuk ke PKR bersama-sama dengan seorang lagi bekas ahli parlimen BN, Wilfred Bumburing.  Hari ini sebabkan Lajim, Anwar kurang 2 ADUN di Sabah.  Dulu buat orangsekarang tuhan balas balik, Mat Salleh katawhat goes around, comes around.

Sudah tentulah masa Lajim dan Wilfred masuk PKR dulu, berkoyan-koyan pujian di lemparkan Anwar Ibrahim atas tindakan kedua mereka melompat parti.  Tapi bila kena batang hidung sendiri, dah lain pulak bahasa dia.
Hipokrit tak hipokrit PKR ni.

Apa pun penulis mendoakan kehancuran pakatan pembangkang di Sabah.  Depa ni pura-pura saja bersatu dan tidak perkauman kononnya.  Banyak perkembangan semasa ni, kita semua tahulah cerita yang sebenar. MyKMU

No comments:

Post a Comment