Thursday, 7 November 2013

PAS HALALKAN KUIL HINDU RM10 JUTA DI KLANG ...???


Tahniahlah diucapkan kepada PAS kerana mengambil pendekatan terbuka untuk membina lebih banyak kuil-kuil Hindu di Selangor? Pendekatan itu dapat dilihat dengan terbinanya kuil Hindu terbesar(sedang dalam pembinaan sekarang) di Bandar Klang, Selangor yang memakan belanja sebanyak RM10 juta! Sila baca di sini.

ISMA bantah pembinaan kuil Hindu RM10 juta di Klang

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) membantah pembinaan semula Kuil Sundararaja Perumal di Klang, yang menelan belanja sebanyak RM10 juta dengan menegaskan ia akan memberikan persepsi buruk kepada pelancong beragama Islam khususnya dari Timur Tengah.

Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman menyeru kerajaan mengambil tindakan wajar demi menjaga kesejahteraan hidup rakyat dan imej Malaysia di mata masyarakat Islam antarabangsa supaya tidak tercemar.

"Pembinaan seperti itu terkeluar daripada maksud Perlembagaan yang menjamin kebebasan beragama kerana ia telah melampaui tujuan sebenar peruntukan tersebut untuk menjamin hak beragama.

“Justeru, kami menyeru Perdana Menteri, Menteri Pelancongan, kerajaan negeri dan tempatan agar peka dengan perkara ini ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau mengulas laporan yang menyatakan Kuil Sri Sundararaja Perumal bakal menjadi mercu tanda dan ikon pelancongan di Klang.

Menurut ISMA, Datuk Seri Najib Razak pernah berikrar untuk menegakkan hukum dan meninggikan syiar Islam dan oleh itu hasrat membesarkan pembinaan rumah-rumah ibadat melebihi keperluan, seperti atas nama tarikan pelancongan dilihat bercanggah dengan ikrar itu.

Selain itu, ISMA juga memandang serius usaha penganut agama lain yang cuba mengambil kesempatan meninggikan syiar agama masing-masing hingga mewujudkan persaingan agama yang tidak sihat tanpa menghormati hakikat Malaysia sebagai negara Islam.

Abdullah berkata, kemunculan terlalu banyak syiar agama kufur telah memusnahkan tanggapan masyarakat dunia yang sebelum ini 'berbunga-bunga' terhadap Malaysia selaku sebuah negara Islam contoh.

Isnin lalu, Presiden Kuil Sri Sundararaja Perumal, S Anandakrishnan berkata, Klang bakal mempunyai ikon pelancongan baru apabila sebuah kuil Hindu berharga RM10 juta siap dibina.

Menurut Anandakrishnan, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelancongan untuk memasukkan lokasi kuil itu ke dalam kalendar pelancongan agar tersenarai sebagai tempat istimewa untuk kunjungan pelancong.

"Kami percaya kuil ini berpotensi menjadi daya tarikan pelancong dan mercu tanda menarik di Bandar Diraja Klang dan juga pelancong asing," katanya.

Bagi penulis nampaknya semua nak sama rata sekarang! Adakah agama hanya sekadar untuk pelancongan? Ataupun alasan pelancongan hanya sebagai alat atau jalan mudah untuk mendapat kelulusan. Nampaknya rakyat semakin keliru sekarang tentang status agama negara ini. Para pemimpin negara perlulah berusaha untuk mengawal pembinaan rumah-rumah ibadat agar identiti negara Malaysia dimana Islam sebagai agama rasminya dapat dipelihara dan dipertahankan! BELANTAN

No comments:

Post a Comment