Tuesday, 5 November 2013

PAK CIK GUARD 'BINI MAT YO' JADI PELAKON DRAMA


Anda masih ingat lagi dengan Pak Cik Guard yang kena maki  tanpa belas kasihan dengan bini Mat Yo tu... Baca  <  DI SINI  >  <  DI SINI  > juga  <  DI SINI  > 
Khabarnya....pak cik ni dah dapat tawaran berlakon.... Ye lah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu. Begitulah yang terjadi kepada pengawal keselamatan yang terbabit dengan pergaduhan yang penuh penghinaan oleh isteri kepada pemain bola sepak terkenal negara, Mat Yo.


Foto di bawah sebenarnya dikongsikan oleh pelakon jelita, Izzara Aishah ketika penggambaran drama terbarunya Cinta Pandang Ke-2.

Dalam secene tersebut, kelihatan beliau dan seorang lagi pelakon lelaki sedang berkata-kata sesuatu kepada pengawal tersebut.

Menurut Izzara, ianya adalah sebuah scene yang sedang dilakonkannya. 

Wow! Nampak gayanya, Pakcik Guard ini semakin famous sehingga berlakon pulak! Ada juga peminat-peminatnya yang bertanya, "Eh, korang lakonkan scene Mat Yo dan bini dia tengah maki ke?".


No comments:

Post a Comment