Minggu lepas, kami ada menerima dua keping gambar melalui e-mail kiriman seorang peminat mendakwa ianya gambar suami kepada pelakon terkenal, Nadiya Nisaa dalam keadaan bertatu di kedua dua belah tangan’nya. Dan, kami malas peduli.
Hujung minggu lalu kisah sensasi ini mendapat perhatian wartawan popular Berita Harian, Zubir Mohd Yunus yang menulis tentang perkara ini & mendapatkan penjelasan lanjut dari Nadiya Nisaa sendiri tentang suaminya itu.
“Saya tak mahu komen mengenai gambar itu. Saya juga tidak mahu berikan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan. Saya tidak mahu sebarang kenyataan daripada saya boleh mengguris hati dan perasaan banyak pihak, lebih lebih lagi keluarga mentua”
“Lagipun apa yang mejadi pertikaian sekarang ialah suami, bukan diri saya. Hubungan saya dan suami elok, saya tak mahu timbul sebarang isu gara gara gosip yang diperkatakan ketika ini”
“Saya harap perkara ini tidak berpanjangan. Yang berlakon, yang bergelar artis adalah diri saya, bukannya suami saya — saya tak mahu gosip seumpama ini boleh mengeruhkan keadaan kami sekeluarga,” ujar Nadiya Nisaa sebagai respons.
Nadiya Nisaa turut meminta semua supaya memberi perhatian terhadap perjalanan kariernya dari isu peribadi dan keluarga sebegini.
Sumber
No comments:
Post a Comment