Friday, 29 November 2013

KISAH BENAR : ISTERIKU......ADIKKU....

Kerana kesilapan 20 tahun lalu, sepasang suami isteri yang bahagia melayari rumah tangga terpaksa menerima berita yang menghancurkan hati masing-masing iaitu mereka rupa-rupanya adik beradik. 

Kisah bagai dalam drama ini berlaku di wilayah Jiangxi, China. Wei dan Qing, yang menetap di pekan sama tinggal berdekatan dan saling mengenali. Wei berusia empat tahun lebih muda daripada Qing. Punca mereka mula berkenalan seterusnya mengikat cinta juga bagai dalam drama cinta. Segala-galanya bermula apabila kawan-kawan sering mengejek mereka berdua kerana mempunyai wajah seiras.

Daripada situ Qing sering mengambil berat tentang Wei hingga mereka sama-sama jatuh cinta. Hubungan yang terjalin sejak alam remaja itu berjalan dengan baik hingga mereka memutuskan untuk berkahwin tahun lalu. Sesudah berkahwin pun, kawan-kawan dan orang sekeliling masih tidak dapat berhenti daripada menegur wajah mereka sangat seiras.

Perkara itu tidak dipedulikan dan mereka hidup bahagia sebagai suami isteri.
Hinggalah baru-baru ini, Qing dan Wei akhirnya memutuskan mereka sudah bersedia untuk menimang cahayamata. Saat berita gembira ini dikongsikan dengan keluarga, bapa Qing, Bao mula menunjukkan rasa tidak selesa dan bersikap pelik.

Akhirnya dia membuka rahsia yang selama ini menekan jiwa iaitu Wei kemungkinan besar adalah anak kandungnya juga. Hal ini kerana dia pernah menjalinkan hubungan sulit dengan mendiang ibu Wei, 20 tahun dulu.

Hubungan itu hanya terhenti selepas dia berkahwin dengan ibu Qing.
Berita ini mengejutkan Wei dan Qing lalu mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA dengan harapan ia tidak memberitahu mereka sesuatu yang sukar diterima akal.

Tapi seperti dijangka, keputusan mengesahkan mereka adalah adik beradik.
Dr Huang Jian dari Pusat Forensik Furong mengesahkan keputusan DNA Wei dan Qing kepada media tempatan, 20 November lalu. Begitu pun, dia menyatakan tidak tahu apakah penyelesaian yang dilakukan pasangan suami isteri muda yang sangat menyayangi satu sama lain itu. Kasihan, inilah sebabnya mengapa zina diharamkan. Ia membawa akibat yang amat buruk bukan saja pada diri sendiri tapi juga keturunan. –mynewshub.my

No comments:

Post a Comment