Friday, 29 November 2013

KAMARMAHTUM BERJAYA JUMPA SITI AISHAH DI LOKASI RAHSIA


LONDON : Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Seri Zakaria Sulong mengesahkan Kamarmahtum Abdul Wahab telah berjumpa dengan Siti Aishah di suatu lokasi rahsia.

Perjumpaan selama setengah jam itu dilakukan di sebuah lokasi yang dirahsiakan oleh pihak Scotland Yard, dan ia merupakan perjumpaan pertama bersendirian di antara kedua-duanya.

Dalam pertemuan itu, Kamarmahtum meminta adiknya agar mengutus surat buat ahli keluarga yang masih diingatinya di Malaysia.


Dalam pada itu, Zakaria turut memberi jaminan kepada Siti Aishah bahawa pihaknya akan memberi bantuan sewajarnya kepada wanita terbabit yang menjadi hamba di London selama 30 tahun.

Zakaria turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa Britain kerana telah memberi kerjasama dan bantuan dalam mengaturkan pertemuan kedua-dua saudara yang terpisah selama 30 tahun itu. AstroAwani

No comments:

Post a Comment