Pintu masuk ke Villa Nabila
Villa Nabila dikatakan tempat paling berhantu atau lebih tepat dikategorikan sebagai KEDIAMAN MAKHLUK HALUS PALING POPULAR di Malaysia. Villa Nabila pernah disenaraikan oleh Expedia Amerika Syarikat, berada ditangga pertama sebagai tempat paling berhantu untuk dilawati.... Baca seterusnya DI SINI....
DIKHABARKAN..... pada 16 Nov 2013, lebih kurang 2 jam sesudah midnight, 30 orang remaja berumur dalam lingkungan di bawah 20 tahun telah masuk ke dalam Villa Nabila tanpa diketahui niat mereka. Seramai 7 orang remaja berjaya keluar dari tempat itu manakala 23 orang lagi seolah-olah "terperangkap" dan hanya suara mereka sahaja yang kedengaran. Lokasi tersebut dipenuhi orang ramai dan terdapat beberapa kenderaan pihak berkuasa turut kelihatan di situ.
Tidak pasti, apakah tujuan remaja tersebut 'membuat lawatan' di situ. Ada kemungkinan untuk menjejak 'hantu Nabila' seperti yang diceritakan di dalam blog ini seperti link di atas, atau sekadar suka2......???
Selepas kejadian kehilangan tersebut, polis telah menerima laporan daripada mangsa yang terselamat dan anggota polis serta bomba dikerahkan ke tempat kejadian dengan unit anjing pengesan. Namun dikatakan masih belum menemui mangsa-mangsa yang hilang.
Menurut sumber, polis dan bomba yang menjalankan operasi pengesanan remaja yang hilang menemui jalan buntu walaupun dengan bantuan anjing pengesan. Yang pelik dan menjadi misteri adalah, ada yang mengatakan mendengar suara meminta tolong daripada kawasan villa tersebut, tetapi tidak kelihatan sesiapa di situ.
Sehingga pagi ini, dikhabarkan kesemua mangsa yang dilaporkan hilang masih belum ditemui dan mereka dikhuatiri 'disembunyikan' oleh jin atau makhluk halus lainnya....
Doakan semoga mereka selamat dan berada dalam peliharaan Allah SWT hendaknya.....
2 daripada 7 remaja yang terselamat
*** Setelah usaha pihak polis dengan bantuan anjing pengesan gagal.... Munkin pihak yang mencari ataupun ibubapa perlu mendapatkan khidmat BOMOH.....!!!
Gatal sangat nak jumpa hantu
ReplyDeleteDark Kiva, tggu.... ada penjelasannya selepas ini. Lihat entry seterusnya.. jam 1.30 pm sebentar lagi.... tq.
ReplyDeleteWahh bro, copy paste ayat rangkap kedua nampakkk.... hahaha....
ReplyDeleteJamiejit....
ReplyDeleteBaca perkataan sebelumnya... DIKHABARKAN....
tq bro....