Friday, 29 November 2013

GAJI NAIK - PEMIMPIN PKR BERBALAH SESAMA SENDIRI DI TWITTER

alt

KUALA LUMPUR 29 Nov  -  Isu kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor yang menjadi perhatian dari kalangan pimpinan parti-parti politik dilihat semakin tegang susulan berlakunya pertengkaran di kalangan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi laman Twitter.

Ianya dilihat berpunca daripada tindakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang menulis di twitter dengan nada sindiran memberi gelaran 'Sarkas' terhadap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ianya dilihat mengundang kemarahan beberapa penyokong ADUN Bukit Antarabangsa itu.

Suasana lebih tegang sehingga berlakunya kenyataan berbalas dari pihak yang dilihat menyokong Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan ADUN negeri itu agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.

Khalid hari ini mempertahankan keputusan itu dengan mendakwa kadar kenaikan tersebut berbeza-beza tersebut adalah kerana ia dibuat berdasarkan gaji asal serta berpandukan Sarawak.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenaikan gaji itu terlalu tinggi dan menyarankan Khalid supaya mencari jalan untuk mengkaji semula kenaikan gaji tersebut.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Khalid Ibrahim berhubung kenaikan kadar gaji dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN).
 
Beliau menambah, kenaikan itu dilihat terlalu tinggi dan sewajarnya dikaji semula bagi memastikan ianya tidak memberi kesan terhadap rakyat. rakyatnews

No comments:

Post a Comment