Thursday, 14 November 2013

DUN PENANTI BERGOLAK... DR. NORLELA BAKAL LETAK JAWATAN ....???






N12 Penanti antara kawasan yang pernah menjadi tumpuan khususnya dalam kalendar PRK apabila ianya terletak dalam Parlimen Permatang Pauh.Sebut sahaja Permatang Pauh siapa yang tak kenal , antara kawasan parlimen yang sering menjadi tumpuan kerana di sinilah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkubu.

Penanti antara salah satu kawasan DUN dalam Permatang Pauh yang tidak lekang dengan isu-isu panas politiknya yang tersendiri.

Bermula dengan isu Mohammad Fairus Khairuddin bekas ADUN kawasan yang telah bertanding atas tiket PKR seterusnya menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang kemudiannya mengumumkan melepaskan semua jawatannya dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran.

Kemudiannya DUN Penanti menyaksikan Dr Mansor Othman menjadi wakil seterusnya apabila PKR memenangi PRK yang di adakan.

Selama itu Dr Mansor menggalas pula tugas sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang sehingga PRU13 yang lalu.


Kini setelah PRU13 yang lalu wakil Penanti bertukar tangan lagi dan ianya kini di sandang oleh Dr Norlela Ariffin yang juga wakil daripada PKR.

Namun sejak akhir-akhir ini di beritakan Norlela sudah tidak lagi semesra dulu dan di khabarkan beliau kini punya masalah dengan pimpinan PKR lainnya termasuklah si Anwar Ibrahim.

Di maklumkan beliau amat tertekan dengan sikap anwar yang cuba mempengaruhi setiap gerak kerja yang di lakukan oleh Adun ini dari isu negeri hinggalah ke perlantikan JKKK.Malah yang terbaru di khabarkan Dr Norlela telah di marahi Anwar di khalayak ramai termasuk beberapa orang pemimpin DAP. 

Baca selanjutnya di blog Mat Kilau Penang Klik Sini 

Benarkah khabar angin menyatakan bahawa Norlela akan meletakkan jawatan? Mungkinkah PRK ke-2 selepas Sungai Limau? Kita sama-sama tunggu perkembangan seterusnya....

No comments:

Post a Comment