Saturday, 2 November 2013

CINA BOIKOT CERAMAH ANWAR, AZMIN KUTUK PENGUNDI PAPA KEDANA #PRKSgLimau


JERAI 1 Nov. - Ceramah para pemimpin pembangkang termasuk penasihat Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini tidak mendapat sambutan daripada kaum Cina.

Kira-kira 1,800 pengundi Cina di pekan berkenaan tidak keluar untuk mendengar ceramah pembangkang yang diadakan khusus untuk menarik undi mereka.

Jika berdasarkan jadual yang diperolehi ialah pertemuan Anwar dengan kaum Cina, tetapi ceramah malam ini hanya dipenuhi oleh orang Melayu yang datang dari kampung berdekatan.

Terdahulu Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali yang berucap menyatakan rasa kecewa kerana kurangnya kehadiran kaum Cina dan menyindir kaum tersebut sebagai menyokong parti MCA yang tidak pernah menjaga kebajikan kaum berkenaan.

Lebih memalukan menunjukkan Azmin tidak faham dengan politik setempat apabila beberapa dia merujuk para pengundi di Sungai Limau terdiri daripada golongan pesawah dan nelayan sebagai golongan miskin papa kedana.

Tindakan beliau menyebabkan orang ramai terdiam, seolah-olah tidak selesa dengan gambaran tidak betul yang diberikan mengenai penduduk Sungai Limau. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment