Wednesday, 27 November 2013

BUDAK PEREMPUAN KAHWIN USIA 13 TAHUN BERCERAI TALAK TIGA


Rumah tangga yang dibina budak perempuan 13 tahun dengan suaminya berusia 19 tahun MUSNAH, seminggu sebelum ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Rumah tangga budak 13 tahun musnah
Pasangan, Nor Fazira Saad dan Mohd Fahmi Alias, yang bernikah pada 17 November tahun lalu (2012) dengan hantaran RM4,552 dan mas kahwin RM1,500 susulan kebenaran Mahkamah Rendah Syariah Kulim, disahkan bercerai pada 11 November 2013. 
Ketika pasangan itu menyatakan hasrat untuk berkahwin tahun lalu, ianya mendapat liputan yang cukup meluas dan hangat di akhbar-akhbar tabloid mahupun arus perdana lantaran usia budak perempuan itu baru menginjak 13 tahun pada waktu itu.
Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan selepas mendapt perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008.
Pada masa itu, sewaktu ditanya pihak media, kedua-dua pasangan mengatakan yang mereka sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab suami-isteri dan usia bukianlah penghalang untuk mereka.
Pada masa yang sama, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berpendapat tindakannya mengahwinkan anaknya yang sudah tidak bersekolah selepas tamat darjah enam itu adalah kerana tidak mahu pasangan itu terjerumus ke lembah maksiat...
Beberapa bulan selepas mereka bernikah, kehidupan rumahtangga mereka dilaporkan sangat membahagiakan.... Baca DI SINI
Selain usia perkahwinan belum genap setahun, perceraian itu dianggap DAHSYAT kerana bukan talak satu yang dijatuhkan tetapi TALAK TIGA. Bagaimanapun setakat ini, masih tidak diketahui apakah punca kepada perceraian tersebut.
Menurut Saad Mustafa, walaupun pahit tetapi dia terima dengan redha suratan jodoh anaknya hanya setakat itu sahaja. Manakala Nor Fazira pula dikhabarkan enggan bercakap mengenainya dan kini tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai untuk menenangkan fikiran.
Sementara itu, keluarga Mohd Fahmi pula masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.
Baca selanjutnya di Berita Harian dan myMetro hari ini........

No comments:

Post a Comment