Saturday, 23 November 2013

AL-FATIHAH - BEKAS SUAMI DRAMATIS WAN NUR AZLIN KEMBALI KE RAHMATULLAH

Post image for EKSLUSIF! BEKAS SUAMI WAN NORAZLIN MENINGGAL DUNIA

Menerusi forum Cari, dilaporkan bekas suami pelakon Wan Nor Azlin, Mohd Yazli Yaacob telah kembali ke rahmatullah semalam (22 November 2013) akibat serangan jantung semasa mendapatkan rawatan di IJN.

Menurut info lagi, berita ini di sahkan oleh kawan arwah di facebook iaitu Hafizd Azmi.


Bekas Suami Pelakon Wan Nor Azlin Meninggal Dunia-news

Jenazah Allahyarham akan di kebumikan pada pukul 10 pagi tadi di Kampung ibunya di Kg Rizab melayu ,Tambun Perak.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan tempatkan dia bersama orang yan soleh. SUMBER

Kisah rumahtangga Wan Nur Azlin pernah 'heboh' di media massa, kira-kira tiga tahun lalu apabila suaminya kali pertama pada tahun 2005 pernah meninggalkannya tanpa khabar berita tetapi pulang semula pada tahun 2007 bagaimanapun pada tahun 2008 suaminya telah keluar rumah sekali lagi dan  tidak pernah pulang ke rumah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada tiga orang anaknya, selepas itu, sehingga awal tahun ini...

Bagaimanapun, rumahtangga mereka akhirnya menemui titik noktah apabila mereka bercerai secara rasmi pada bulan Mac 2013. Mahkamah memutuskan supaya mereka berpisah. Sebab dah terlalu lama Wan Nur Azlin digantung tidak bertali dan tidak  diberi nafkah zahir dan batin. 

Wan Nur Azlin mempunya tiga cahaya mata iaitu Danial Luqman, 12, Danny Iskandar, 11, dan Dania Camelia, 8.

No comments:

Post a Comment