Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Zainab 1, tidak menyangka bapanya, Zukila Deraman, 36, benar-benar menunaikan janjinya apabila dia berjaya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kelmarin. Dia dihadiahkan sebuah kereta Mini Cooper berharga RM210,000 oleh bapa berikutan kejayaannya tersebut.
“Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya. Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut. Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya.
Anak pembekal ayam di Kota Bharu itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1, memperoleh keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan UPSR, diumumkan semalam. Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31. Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita menjadi juruterbang dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Katanya lagi:
“Insya-Allah, mungkin enam tahun lagi apabila saya dapat lesen memandu, saya akan pandu sendiri kereta kesayangan saya ini. Ayah dan ibu banyak bagi semangat untuk saya belajar. Mungkin hadiah ini agak pelik bagi saya yang baru berusia 12 tahun tapi inilah pendorong semangat untuk saya berjaya dan berharap akan terus capai keputusan cemerlang di peringkat menengah nanti,” katanya.
Tiada niat menunjuk – Hadiah kereta untuk tunai janji
sumber“Suami saya hanya menunaikan janjinya kepada anak dan kebetulan kami mampu membelinya. Gambar itu dimuat naik di Facebook saya untuk kenangan keluarga dan tiada niat menunjuk-nunjuk. Kereta Mini Cooper jenis dua pintu dalam gambar dimuat naik dalam Facebook itu bukan kereta sebenar yang akan dihadiahkan kepada anak. Suami akan bawa balik kereta lain, tetapi tetap jenama Mini Cooper mungkin empat pintu bagi kemudahan keluarga kami,” kata Nor Aishah Mahmud, 31, ibu kepada Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila.Menurut Nor Aishah, kereta mewah itu hadiah untuk kejayaan anaknya daripada suaminya Zukila Deraman, 36, yang juga peniaga ayam dan tidak bermaksud untuk mempamerkan kemewahan. Katanya, dia tidak sangka gambar dimuat naik di Facebook itu menjadi perhatian.
No comments:
Post a Comment