Wednesday, 9 October 2013

WAWA ZAINAL : DAVID TEO HERAN, UBATI PENYAKIT MISTERI ADA BABY PULAK......


Produser, David Teo akui yakin laporan akhbar yang mendakwa pelakon, Wawa Zainal sudah pun berkahwin dan melahirkan anak kepada aktor, Aeril Zafrel adalah benar.

Namun, sehingga kini David Teo berkata dia sendiri tidak dapat mengesahkan laporan itu kerana Wawa Zainal sudah lama menghilangkan diri tanpa khabar berita sejak sebelum Ramadan lalu.

"Saya tidak pasti sama ada yang dilaporkan akbar Berita Harian dalam ruangan Bpop itu benar atau tidak tapi melihat kepada headline yang ditulis ianya memberitahu sah.

"Namun saya yakin laporan itu benar kerana tiada media yang berani menggunakan perkataan sah jika ianya tidak benar. Saya yakin media itu pasti ada fakta yang kukuh untuk menyokong sebelum mereka membuat laporan. Jika benar laporan itu saya perlu hormati media.


"Tapi terus-terang saya terkejut dengan berita itu. Namun bila saya fikir balik itu keputusan remaja yang dia (Wawa Zainal) buat sendiri dan saya perlu terima sama ada suka atau tidak.

"Dari pihak kami, terus-terang saya sendiri tak tahu apa status Wawa sekarang. Kalau saya tahu sudah tentu saya akan beritahu media kerana apa pun yang berlaku kita perlu hadapinya," katanya kepada murai.com.my ketika Majlis Tayangan Media Filem Longkai di e@Curve Damansara, malam semalam.

Ahad lalu, akhbar Berita Harian dalam ruangan Bpop melaporkan Wawa yang sudah berkahwin dengan Aeril Zafrel pada Ferbruari lalu telah melahirkan cahaya mata lelaki pada Ogos baru-baru ini.

David Teo memberitahu pihak Metrowealth (MIG) tidak tahu menahu mengenai hubungan mereka, sebaliknya Wawa hanya minta mahu bercuti panjang kerana mahu mengubati penyakit misteri.

"Wawa ada berjumpa saya sebelum puasa beritahu saya dia mahu balik ke kampungnya, Lahad Datu Sabah untuk mengubati penyakit misteri. Saya pun benarkan dia pulang kerana dia beritahu ianya tidak boleh diubati di Kuala Lumpur.

"Tapi dia beritahu akan kembali bekerja selepas 2 minggu Raya, tapi sehingga kini dia senyap tanpa khabar berita. Malah kami langsung tidak dapat menghubunginya. Orang kata dia terkena penyakit misteri tapi tak tahu pula ada bayi.

"Saya pernah beritahu hendak mengunjunginya di sana, tapi dia tak benarkan kerana penyakit misteri itu hanya melibatkan keluarganya," jelasnya lagi.

Pun begitu, David Teo memberitahu dia amat mengharapkan serta mengalu-alukan kepulangan Wawa dan akan menerima apa jua keputusannya tanpa ada apa-apa tindakan.

"Saya nak beritahu saya sangat sayang pada Wawa kerana kerjayanya sangat cerah. Apa jua keputusannya saya tetap akan sokong dan hormati. Malah saya nasihatkan dia perlu hadapi apa jua cabaran dan dugaan supaya lebih matang dan ambil pengajaran.

"Malah saya akan tetap menunggunya sehingga dia bersedia untuk pulang kepada pihak kami. Malah kami sudah bersedia untuk menyambut 'orang baru' itu dengan tangan terbuka. Lagipun saya percaya anak merupakan penambah rezeki. Saya sangat mengalu-alukan supaya dia pulang," luahnya.

No comments:

Post a Comment