Monday, 7 October 2013

SOROK NIKAH DENGAN WAWA ZAINAL : AERIL ZAFRIL AKAN AMBIL TINDAKAN MAHKAMAH

.

Semalam, pelakon Aeril Zafrel menulis di akaun Twitternya sebagai respons kepada laporan Berita Harian, dia dikhabarkan sudah sah bernikah dengan pelakon Wawa Zainal. Malah mereka juga sudah pun menimang seorang cahayamata pada 24 Ogos 2013 yang lalu selepas bernikah pada 4 Februari tahun ini.
Kata-kata Aeril itu memberi gambaran apa yang ditulis wartawan Berita Harian itu sebagai senjata terakhir pihak tertentu untuk mengaibkan dirinya.

“Alhamdulillah, ‘mereka’ telah keluarkan ‘senjata terakhir’ seperti yang dijangkakan.

Terlalu naif ‘mereka’ yang lontar batu sembunyi tangan ini,” tulis pelakon yang popular dengan drama Cinta Jannah di TV3 ini.

Aeril turut berkata, sampai masanya nanti dia akan dedahkan siapa dan apakah tujuan sebenar mereka melakukan perkara ini. Aeril juga meminta mereka yang ingin kepastian menghubungi sendiri wartawan yang menulis kisah tersebut.

Laporan mStar Online hari ini juga menyebut pelakon ini belum bersedia untuk memberikan komen lanjut tentang isu pernikahan dengan Wawa Zainal ini tetapi ada cadangan mengambil tindakan mahkamah.

“Buat masa sekarang Aeril tidak mahu beri sebarang komen tentang perkara tersebut tatapi dia beritahu saya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu kenyataan dia nanti,” ujar pembantu peribadi Aeril Zafrel. MD

No comments:

Post a Comment