Saturday, 26 October 2013

PRK DUN SG. LIMAU : ORANG PAS BENGANG, CANTAS BANNER UMNO !!!


DIFAHAMKAN....Seorang AJK PAS Dulang Besar yang dikenali sebagai DIN HASSAN kini sedang diburu oleh sekumpulan penyokong UMNO-BN kerana telah mencantas banner yang memaparkan gambar Lim Guan Eng yang memakai serban.

Kami turut difahamkan, pihak berkuasa sedang menenangkan kumpulan penyokong UMNO-BN itu agar tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang.

Semuanya bermula apabila DIN HASSAN yang memakai serban dan berbaju hijau, telah dilihat mencantas banner yang digantung di Jalan Ulu Dulang Kecil. Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada penyokong UMNO-BN.

Penyokong UMNO-BN yang berang telah berkumpul dan lengkap dengan parang, mengatur rancangan untuk mencari DIN HASSAN.


Berikut adalah banner tersebut :

Banner yang memaparkan gambar Lim Guan Eng berserban itu  mempersoalkan PENDIRIAN PAS BERHUBUNG KALIMAH ALLAH yang dikatakan oleh Lim Guan Eng, akan tetap digunakan oleh DAP.

Kredit to :  sumber

No comments:

Post a Comment