Tuesday, 8 October 2013

PEMILIHAN UMNO 2013 : AKHIRNYA....TUN FAISAL DISAHKAN BERTANDING MT

NO. CALON 60

KUALA LUMPUR, 7 Okt  –  Tun Faisal Ismail yang merupakan salah seorang daripada dua orang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang sebelum ini disahkan tidak layak bertanding bagi jawatan tersebut pada pemilihan UMNO 2013 disahkan layak untuk bertanding.


Manakala Prof. Dr. Zainul Fitri Othman tetap tidak layak.
Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli,  dalam sidang media Pemilihan UMNO 2013  di PWTC hari ini.
Menurut Tajol, walaupun Tun Faisal tidak memenuhi syarat untuk bertanding jawatan tersebut iaitu tidak pernah menjadi ahli jawatankuasa (AJK) Bahagian atau menjawat jawatan MT sebelum ini namun disebabkan Tun Faisal adalah calon yang dicadang dan diketengahkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan menjawat jawatan Exco pergerakan tersebut maka jawatankuasa pemilihan membenarkan pencalonan tersebut berdasarkan fasal 10.15 demi kesempurnaan dan kesejahteraan parti. - MediaUMNNO

No comments:

Post a Comment