Sunday, 20 October 2013

MUSTAPA MOHAMED CALON MT PALING POPULAR

mustapamohamad

Walaupun keputusan rasmi 25 orang yang menang jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO belum dapat dibuat sehingga jam 2 pagi Ahad kerana pengiraan undi belum selesai namun Datuk Seri Mustapa Mohamed nampak macam bakal menempah tempat pertama.

Beliau terus mengungguli carta keputusan tidak rasmi sejak pengiraan undi mula dibuat awal petang.
Setakat pengiraan jam 2 pagi Mustapha sudah mendapat 168 undi.
Dalam saingan sengit antara 62 calon yang merebut kedudukan 25 teratas senarai itu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kemudiannya turut memperoleh jumlah undi yang sama.
Mereka yang lain ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Idris Jusoh yang masing-masing mendapat 166 undi, Datuk Seri Idris Haron (165), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (masing-masing 164).
Datuk Abdul Rahman Dahlan (163 undi), Datuk Hasan Malek (151), Datuk Seri Shahidan Kassim serta Datuk Seri Mohamad Hasan (masing-masing 149), Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis (145) dan Datuk Razali Ibrahim mendapat 141 undi.
Seterusnya Datuk Seri Mahdzir Khalid (138), Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (masing-masing 129), Dr Mohd Puad Zarkashi (117), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (116), Datuk Seri Azalina Othman Said (106), Datuk Abd Latiff Ahmad (104) dan Datuk Shamsul Anuar Nasarah dengan 102 undi.
Selain itu, Datuk Ab Aziz Kaprawi (93), Datuk Bung Moktar Radin (91), Datuk Reezal Merican Naina Merican (88) dan Datuk Sohaimi Shahadan turut tersenarai dengan 81 undi. AD

No comments:

Post a Comment