Friday, 4 October 2013

MISTERI PEMBUNUHAN DI MALAYSIA YANG BELUM SELESAI ( PART I )

Isu jenayah seringkali menjadi buah mulut dan tumpuan di kalangan masyarakat. Namun, pernahkah anda sedari bahawa ada sebahagian isu masih menjadi misteri hingga ke hari ini. Berikut dikongsikan 10 kes MISTERI di Malaysia yang masih menjadi MISTERI sehingga ke saat ini, 6 kes pada Part I dan 4 kes pada Part II. Artikel ini dikongsi dari mynewshub.com....

10.  KEMATIAN RATU CANTIK




Jean Perrera Sinappa merupakan bekas ratu cantik di mana suaminya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.  Tetapi 4 bulan kemudian iaitu pada 6 April 1979, dia dijumpai mati di dalam kereta di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur.  Bekas teman lelaki yang juga abang iparnya, Karthigesu dijumpai tidak sedarkan diri di tepi jalan di luar kereta tersebut.  Apabila Karthigesu sedar di hospital, dia mengadu dipukul di bahagian kepala dari arah belakang.

Keputusan mahkamah mendapati Karthigesu didapati bersalah membunuh Jean dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.  Pihak pendakwaan mengemukakan kes di mana Karthigesu dilihat cemburu apabila mendapati Jean mempunyai hubungan sulit dengan doktor dari Sri Lanka, Dr. Narada Warnasurya.  Bagaimanapun, Karthigesu dibebaskan dua tahun selepas itu apabila rayuannya diluluskan di Mahkamah Rayuan.

9.  MANA ANAK SAYA ?


Beberapa tahun lalu, berita tentang kehilangan kanak-kanak menjadi berita utama di media tempatan. Bagaimanapun, kisah kematian Sharlinie Mohd Nashar agak lama dimainkan sebelum ia menjadi suram.

Pada 9 Januari 2008, Sharlinie, 5, bermain di taman permainan di kawasan rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya bersama kakaknya sebelum didapati hilang.  Masyarakat mula memandang serius laporan tersebut apabila wujud watak 'lelaki kucing' setelah suspek dikatakan meminta mangsa mencari kucingnya yang hilang.  Kehilangan Sharlinie terus menjadi isu hangat dalam media tempatan apabila isu itu timbul ketika
kes kehilangan Nurin Jazlin Jazimin masih lagi panas.

Polis yang meneruskan siasatan dilihat semakin 'dingin' dan kehilangannya masih lagi misteri dan tidak diketahui hingga ke hari ini.

8.  KEMATIAN GADIS CILIK YANG MEROBEK JANTUNG HATI.....



20 OGOS 2007, Nurin Jazlin Jazimin, 8, telah pergi ke sebuah pasaraya berdekatan rumahnya untuk membeli klip rambut sebelum dilaporkan hilang.  Saksi kejadian berkata dia diculik dan di bawa masuk ke dalam van berwarna putih di Wangsa Maju.  Kehilangan gadis itu mendapat liputan media yang luar biasa hinggakan nama dan mukanya boleh dikatakan tersemat di fikiran setiap rakyat Malaysia pada ketika itu.  Ratapan sedih keluarga yang mengharapkan dia pulang ke pangkuan keluarga telah menyentuh ramai pihak di mana rakyat Malasia terus memanjatkan doa supaya dia pulang dengan selamat.

Sebulan selepas itu, seorang kanak-kanak dijumpai mati dalam keadaan berbogel di dalam sebuah beg gim di Petaling Jaya.  Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah mendapat sedikit sebanyak maklumat berkenaaan suspek yamg membuang beg tersebut.  Keluarga Nurin gagal untuk membuat pengecaman mayat akibat kecederaan teruk yang dialami mangsa.   Namun, ujian DNA telah mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin, anak kepada pasangan tersebut.  Seorang wanita Indonesia kemudiannya ditahan berkenaan kes tersebut tetapi kes itu masih juga belum dapat diselesaikan hingga kini.....

7.  APABILA KESERONOKAN BERTUKAR TRAJEDI..... 



Norita Samsuddin, 22, merupakan seorang anak gadis yang berasal dari negeri utara tanah air yang mencuba nasib di kota raya, Kuala Lumpur.  Mempunyai susuk tubuh menarik, dia dikatakan menerima beberapa tawaran sebagai peragawati namun menolaknya apabila dia ketika itu bekerja sebagai eksekutif pemasaran di Transpro Sdn. Bhd. sebelum dia dijumpai mati.

5 Disember 2003, Norita dijumpai mati di dalam bilik di sebuah pangsapuri mewah di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.  Mangsa dijumpai dalam keadaan bogel dan tangannya diikat menggunakan baju dalam dan beberapa wayar.  Tiada sebarang tanda dia dicederakan kecuali kesan cekik di lehernya dan beberapa cebisan baju di dalam mulutnya.  Jurutera, Hanif Basri kemudiannya ditahan dan dituduh membunuh mangsa. Hanif dipercayai orang terakhir yang menemui Norita pada malam  tersebut dan pihak pendakwaan cuba membuktikan dia adalah orang terakhir menjumpai mangsa ketika mangsa masih hidup.

Bagaimanapun, semasa perbicaraan sedang berlangsung, dipercayai ada orang lain telah melawat Norita selepas Hanif.  Pertuduhan terhadap Hanif dilihat terlalu lemah.  Hanif dibebaskan selepas timbulnya teori konspirasi berkaitan kehidupan sosial Norita selama ini.  Mungkin segala yang benar telah dikuburkan bersama Norita....

6.  BENARKAH PELAYAN YANG MELAKUKANNYA...???


 

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawan Negeri Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar dijumpai mati di dalam sebuah bilik hotel di Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu pada 11 Februari 2004.  Norjan dijumpai mati terbaring dalam keadaan lengkap berbaju di tepi katil dengan beberapa kesan tikaman kecil di bahagian leher dan muka beliau.  Polis pada mulanya mengesyaki motif cemburu sebagai punca utama kematian tersebut tetapi menukar kepada motif rompakan walaupun tiada barang yang hilang di dalam biliknya.

Penyiasatan membawa kepada penangkapan seorang pelayan, Azman Bakar di mana polis percaya suspek cemburu melihat Norjan bersama lelaki lain.  Ketika sidang penghakiman, seorang saksi telah membawa seorang ahli perniagaan Pakistan, Amir Khan.  Beberapa bukti timbul semasa perbicaraan yang menunjukkan Datuk Norjan mempunyai hubungan dengan Amir Khan walaupun dia menafikannya.

Azman Bakar kemudiannya dibebaskan apabila pihak pendakwaan kemudiannya gagal untuk membuktikan bahawa Azman pada faktanya mengenali Norjan.  Tiada tangkapan lain dibuat.  Sekali lagi, kes misteri yang tidak dapat diselesaikan....

5.  TRAJEDI 'DOUBLE SIX'


ANDA yang menetap di Kuala Lumpur mungkin pernah melalui Taman Tun Dr. Ismail dan pastinya akan terperasan Jalan Tun Fuad Stephens.  Namun, berapa ramai sahaja yang tahu siapakah dia sebenarnya. Pastinya ada yang menjawab beliau adalah bekas Ketua Menteri Sabah.  Tetapi berapa ramaikah yang tahu berkenaan kematian beliau yang penuh misteri dan kes tersebut masih tidak diselesaikan hingga ke hari ini.

Pada 6 Jun 1976, Tun Fuad Stephens bersama beberapa pegawai kerajaan termasuk anak sulung beliau, Johari menaiki pesawat Nomad GAF yang dikendalikan oleh Sabah Air di Lapangan Terbang Labuan dalam perjalan ke Kota Kinabalu.  Bagaimanapun, ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pesawat itu terhenti dan terhempas lalu membunuh kesemua anak kapal termasuk juruterbang.

Khianat disyaki sebagai motif utama kejadian tersebut walaupun kemudiannya kelemahan reka bentuk pesawat  dilihat sebagai punca utama insiden tersebut.  Kematian Tun Fuad terjadi selepas 44 hari penggal kedua beliau sebagai Ketua Menteri Sabah.  Keadaan politik yang mengiringi kematiannya begitu ironis kerana ia mempunyai kaitan dengan isu minyak dan gas di Sabah.

YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah diajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada ketika itu iaitu Datuk Harris Mohd Salleh untuk merasmikan projek Ladang Lembu di Pulau Banggi, Kudat.  Tengku Razaleigh yang juga menaiki pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama.  Sebaik sahaja mereka mendapat tahu mengenai berita tersebut, mereka kemudiannya diterbangkan oleh helikopter tentera  ke Kota Kinabalu.

Sejurus pesawat yang dinaiki Tun Fuad Stephens menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan tersebut.  Malapetaka itu kemudiannya dikenali sebagai peristiwa 'Double Six' sempena tarikh kejadian itu pada 6/6/1976.  Setahun selepas kejadian itu, sebuah tugu peringatan telah didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati trajedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara. 

Bersambung ke Part II..... 

No comments:

Post a Comment