Monday, 7 October 2013

KERETA TERLIBAT KEMALANGAN ADA 2 ORANG DI DALAM BUT KERETA


Kes terbaharu di Genting Highlands itu terbongkar apabila seorang lelaki membuat laporan 
polis selepas terlibat dalam kemalangan.

Curiga dengan bunyi ketukan dari but keretanya menyebabkan polis membuat 
pemeriksaan dan menemui dua mangsa di dalamnya.
Seorang lelaki sedang memandu kereta untuk turun dari pusat peranginan itu petang tadi.
Bagaimanapun tidak lama kemudian, kereta itu dikatakan terbabas dan melanggar tembok 
jalan.
Rakannya yang memandu kereta berasingan mengekori dari belakang cuba membantu.
Polis bantuan pusat peranginan itu yang melihat kejadian itu segera membantu dan 
mengiringi pemandu kereta ke Balai Polis Genting Highland untuk membuat laporan.
Ketika membuat laporan, salah seorang anggota polis terdengar bunyi ketukan dari but 
kereta lelaki itu.
Sebaik diperiksa, didapati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan wanita berusia 26
 tahun berada di dalam but kereta.
Empat lelaki kemudian ditahan untuk membantu siasatan.
Motif sebenar kejadian masih disiasat.

No comments:

Post a Comment