Monday, 14 October 2013

KEPUTUSAN SERI AZWANBRO DENGAN JAMAWI AKAN DITENTUKAN OLEH UNDI POPULAR


GEMPAR!!! Kemenangan Jawatan NKPUM Akan Diputuskan Dengan Cara Undi Popular

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Keputusan mutakhir berhubung pemilihan 
UMNO 2013 yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan 
UMNO 2103, Tan Sri Tajol Rosli hari ini memperlihatkan keputusan seri 
bagi dua calon jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, 
Jamawi Jaafar dan juga Khairul Azwan Harun di mana masing-masing 
memperolehi jumlah kemenangan yang sama sebanyak 73 undi.


Menurut tan Sri Tajol, berdasarkan situasi tersebut, pihak jawatankuasa 
pemilihan akan menggunakan kaedah pengiraan undi popular seperti 
mana yang telah diputuskan sebelum ini bagi menentukan pemenangnya.

“Seperti mana yang kita beritahu di dalam taklimat sebelum ini, kita akan 
menggunakan kaedah undi popular bagi menentukan siapa pemenangnya. 
Kita akan jumlahkan kesemua undi yang diperolehi oleh dua calon ini dari 
189 bahagian di seluruh negara.

“Setelah itu, barulah kita akan dapat menentukan siapa pemenangnya 
bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru,” ujarnya 
kepada pemberita di sidang media bertempat di Aras 4, Menara Dato Onn 
di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, 
Datuk Ab Rauf Jusuh, Ibu Pejabat UMNO akan memanggil calon atau 
wakil calon tersebut dalam masa yang terdekat untuk menyaksikan 
perjumlahan semula undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon Naib 
Ketua Pemuda UMNO itu.

“Pihak ibu pejabat akan memanggil kedua-dua calon atau pun wakil calon 
selepas Hari Raya Aidiladha ini untuk melihat sendiri kertas undi yang 
diterima ini oleh kedua-dua calon ini.

“Oleh yang demikian, kedua-dua calon bolehlah datang atau menghantar 
wakil apabila dipanggil oleh ibu pejabat UMNO untuk melihat proses 
perjumlahan semula kertas undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon ini 
bagi menentukan siapa pemenangnya,” ujarnya.

Menurut beliau, keputusan rasmi berhubung pemenang bagi jawatan 
Naib Ketua Pemuda akan diberitahu kepada media setelah urusan 
penjumlahan semula undi untuk undi popular selesai dilaksanakan.

Keputusan bagi sayap pemuda pula memperlihatkan Khairy Jamaluddin 
terus mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia 
apabila 189 memberikan undi kepada beliau. Manakala bagi jawatan 
pengerusi tetap Pemuda UMNO Malaysia pula di menangi oleh 
Zubir Zabidi dengan memperolehi sebanyak 89 undi.

No comments:

Post a Comment