Thursday, 31 October 2013

JIKA SYIAH ITU AJARAN YANG BENAR, MENGAPA TIDAK MENGAKU MEMILIKI BUKU SYIAH...???

Tak mengaku miliki buku Syiah
Dua daripada tiga tertuduh, Abu Bakar (kanan) dan Idris berbaju hitam ketika keluar dari pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Parit Buntar, semalam.


PARIT BUNTAR – Tiga lelaki yang didakwa atas tuduhan memiliki dokumen dan buku berkaitan ajaran Syiah tidak mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Parit Buntar, di sini, semalam.



Tertuduh,  Abdul Manap Abdul Hamid, 49, Idris Mat Desa, 49, dan Abu Bakar Ahmad, 45, tidak mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah 1992 kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.



Ketiga-tiga tertuduh yang diwakili peguam, Aminuddin Zulkifli kelihatan tiba bersama kira-kira jam 9 pagi sebelum dilihat masuk ke kamar mahkamah yang sama secara berasingan bermula kira-kira jam 11.30 pagi.



Abdul Manap dituduh melakukan kesalahan memiliki kain bertulis nama Imam Dua Belas, memiliki 103 buka dialog Sunnah Syiah, dokumen akuan berkanun dan tujuh biji turbah di sebuah rumah di Sungai Bogak, Bagan Serai pada 9 September lalu kira-kira jam 6.38 pagi.



Idris pula didakwa melakukan kesalahan memiliki dokumen bertajuk Tangisan Karbala di sebuah rumah, di Kampung Sungai Rawa pada tarikh sama kira-kira jam 6.45 pagi.



Sementara, Abu Bakar didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah rumah di Kampung Sungai Repoh, Parit Buntar.



Pihak pendakwaan semalam, mengemukakan tujuh lagi pertuduhan baru ke atas Abdul Manap, dua pertuduhan kepada Idris dan lima ke atas Abu Bakar bersabit kesalahan memiliki dan menyimpan barangan serta dokumen berkaitan ajaran Syiah.



Bagaimanapun, semua tertuduh tidak mengaku bersalah atas setiap pertuduhan yang dibacakan.



Peguam, Aminuddin kemudiannya membuat bantahan atas pertuduhan baru yang dibacakan dengan berpendapat bahawa pertuduhan itu tidak pernah diserahkan kepada tertuduh.



Tindakan tersebut seolah-olah menafikan hak tertuduh untuk menghadapi pertuduhan termasuk permohonan pihak pendakwaan yang ingin mengenakan jaminan RM1, 000 ke atas setiap pertuduhan.



Kejutan seumpama ini dianggap satu ketidakadilan kepada tertuduh dan Aminudin turut mempertikaikan pertuduhan tambahan yang dibuat pihak pendakwaan kerana ia adalah pertuduhan bertindih.



Hakim Syarie, Mohd  Faudzi Uzir Abdul Wahab kemudiannya menetapkan 18 Disember depan sebagai sebutan semula kes terhadap ketiga-tiga tertuduh.



Mohd Fauzi juga menetapkan jaminan RM800 untuk setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan RM3,000 untuk pertuduhan pertama kekal.



Pendakwaan dibuat Ketua Pendakwa Syarie, Asa’ari Mohd Yazid, Pendakwa Syarie, Mohammad Syamil Azizan dan Ahmad Nur Ikhwan Jaafar. SH

No comments:

Post a Comment