Friday, 25 October 2013

JACKIE CHAN BERHARAP BANYAK NEGARA DUNIA DITIMPA BENCANA


Los Angeles: Pelakon Filem aksi Jackie Chan semalam membuat kenyataan mengejutkan apabila berkata dia berharap bencana alam kerap berlaku di negara di dunia.

Dalam wawancara mempromosi filem barunya Chinese Zodiac di Los Angeles, seorang wartawan menyoal pelakon itu mengenai hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dengan China. Chan menjawab, kedua-dua kuasa besar dunia itu perlu meningkatkan kerjasama dan berkata, penduduk seluruh dunia perlu bekerjasama juga. 

Dia kemudian meluahkan kenyataan mengejutkan: “Saya sepatutnya tidak berkata begini. Tetapi kadangkala saya terfikir untuk melihat beberapa negara di landa bencana, seperti tsunami besar atau gempa bumi. 

“Kerana setiap kali bencana besar berlaku, anda akan dapat melihat seluruh dunia, setiap orang bekerja keras untuk membantu negara berkenaan. 

Saya gembira melihat hal itu. “Jika tidak ada tsunami, tidak ada gempa bumi, tidak ada orang peduli. 

“Dalam politik, anda lawan saya, saya lawan anda. Saya tidak suka melihat itu,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment