Friday, 11 October 2013

GEMPAR !!! BLOGGER PORNO BUNUH DIRI DALAM VIDEO..!!!

Muat Naik Video Klip Terbaru, Pasangan Gila Seks Menjadi Contoh Terbaik Tidak Hiraukan Undang-Undang Negara!


Pasangan blogger seks yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik rakaman video seks mereka sehingga menyebabkan Alvin Tan dibuang daripada pengajian Undang-Undang di sebuah pusat pengajian tinggi di Singapura, buat hal lagi.

Sebelum ini, pasangan itu mencipta kontroversi dengan memuat naik gambar mereka menikmati Bak Kut Teh dengan ucapan Selamat Berbuka Puasa yang menyebabkan mereka dikritik serta dipanggil untuk memberi kenyataan kepada pihak berkuasa.

Pada 18 Julai lepas, Alvin Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.

Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.

Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan.




Antara 'hukuman' dan 'larangan' yang dikenakan kepada pasangan tersebut ialah memuatnaikkan atau melakukan sebarang posting, malah tidak dibenarkan sama sekali menggunakan sebarang perisian media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya.

Bagaimanapun, hukuman dan larangan berkenaan menjadi bahan gelak tawa pasangan itu semata-mata. Mereka langsung tidak takut dan mereka langsung tidak peduli dengan larangan yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Buktinya, pasangan itu muncul dalam klip video terbaru di mana babak akhirnya memperlihatkan bagaimana Vivian Lee mengelar pergelangan tangannya sendiri. Klip video bertajuk, REGRET itu telah dimuatnaik di akaun Twitter pada petang Khamis. Di YouTube pula, video tersebut telah dimuatnaik sehari lebih awal.




Klip video berkenaan berdurasi selama dua minit dan diarahkan oleh Alvin Tan, teman lelaki Vivian Lee. 

Dalam video itu... Vivian, 24, digambarkan sebagai wanita yang tulus ikhlas yang sedang melihat pilihan yang berlaku dalam hidupnya.

"Ketika saya masih kecil, orang beritahu saya untuk mengejar cita-cita saya, percaya kepada diri sendiri dan cari jalan sendiri untuk berjaya. Dengan itu, semuanya akan menjadi mudah", katanya.

'Apabila dewasa, apa yang mereka kata benar-benar terjadi, saya pilih kestabilan. Jangan cakap terlalu banyak.  Selain itu, saya juga seorang yang idealistik. Saya pilih ketidakpastian. Saya juga pilih bersuara terlalu kerap dan terlalu kuat. Semua orang mula rasa bangga dengan membenci saya".

'Saya rasa sukar menjadi orang dewasa. Jika saya ikut hari, semua orang kata saya salah. Saya jahat dan tidak berguna'.

'Bukan itu sahaja, mereka yang saya sayang juga enggan sayang saya lagi". Semuanya kerana idea saya dan mereka berbeza dan saya pilih jalan hidup yang unik dan tersendiri'.

'Adakalanya saya fikir jika saya buat perkara yang betul adalah yang terbaik.  Jujurnya, saya penat. Mereka berjaya, saya gagal. Saya sering mendengar suara hati saya. Mereka semua menyambutnya dengan riang.

'Bagi saya, kehidupan ini ibarat skrip yang ditulis oleh orang lain', kata Vivian sambil mengalirkan air mata di sofa sambil menonton televisyen.

'Mungkin sudah tibanya untuk saya tamatkan perjuangan yang tidak bermakna buat saya lagi. Hanya dengan satu pukulan', katanya.

Video itu diakhiri dengan babak Vivian mengelar pergelangan tangannya dengan sebilah pisau sebelum skrin bertukar kabur....

Bagaimanapun...usaha menghubungi pasangan berkenaan tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment