Thursday, 17 October 2013

'FREEDOM OF SPEECH' KETUA POLIS NEGARA, YANG MENIKAM KALBU.. !!!

khalid abu bakar twitter

“Freedom of Speech”, adalah ungkapan yang cukup popular dari kalangan penyokong pembangkang. Ungkapan ini digunakan untuk menggambarkan kononnya tiada langsung kebebasan untuk mengeluarkan kata-kata di negara ini.


Tidak perlu merenung panjang, kita masih ingat, betapa di PRK Kuala Besut baru-baru, kepimpinan PAS melarang calon mereka sendiri untuk mengeluarkan sebarang kenyataan lisan.

Freedom of Speech?

ADUN Duyong, Goh Leong San bertindak keluar dari parti kerana dikritik hebat oleh rakan-rakan DAP akibat dan ucapannya di sidang DUN yang memuji pendekatan pentadbiran Ketua Menteri yang disifatkan sebagai sistematik dan demokratik.

Freedom of Speech?

Melalui pengamatan penulis, pembangkang sentiasa sahaja menyerang institusi-institusi penting negara seperti badan kehakiman, badan perundangan serta tidak ketinggalan, badan penguatkuasaan seperti PDRM dalam cubaan untuk menghakis keyakinan rakyat kepada sistem dan kerajaan yang sedia ada.

Perlaksanaan Ops Cantas dilihat cukup menyakinkan, serta dapat memastikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, menikmati kerukunan dan kedamaian dalam meneruskan kehidupan seharian.

Namun, rupanya ada ahli politik yang tidak senang dengan apa yang sedang dilakukan oleh PDRM. Sungguh menghairankan, bukan?

Ketua Polis Negara tidak terlepas dari serangan berbaur politik. Melalui laman Twitter, Dato’ Seri Khalid Abu Bakar menjawab tohmahan yang dilemparkan kepada dirinya dan PDRM. Penulis tersenyum sinis dengan jawapan beliau.

Anda boleh bacalah sendiri jawapan beliau kepada pihak yang sangat condong kegemarannya terhadap penjenayah.

Menghiris dan pedih! Terasa Malaysia semakin aman dengan adanya Ketua Polis Negara yang sangat “sempoi” dan berwibawa seperti beliau.

Mohon terasa. sumber

No comments:

Post a Comment