Thursday, 31 October 2013

FINAL PIALA MALAYSIA : TIKET SOLD OUT, RAMAI PEMINAT BENGANG !!!



Kesemua tiket perlawanan akhir Piala Malaysia pertemuan Pahang menentang Kelantan. Yang dijual kepada orang ramai di tiga lokasi utama iaitu di Stadium Shah Alam, Stadium Darul Makmur, Kuantan dan Stadium Sultan Muhammad Ke-4, Kota Bharu, siang tadi telah habis dijual.  Sekaligus menjurus rasa hampa ribuan penyokong yang awal lagi menunggu di lokasi penjualan. 
Suasana di Stadium Shah Alam, para peminat terpaksa beratur panjang di luar dugaan untuk mendapatkan tiket Perlawanan akhir Piala Malaysia, Pahang vs Kelantan.


15 RIBU TIKET HABIS DIJUAL DALAM MASA HANYA SETENGAH JAM SEBAIK KAUNTER TIKET DIBUKA SEAWAL JAM 9 PAGI, DI STADIUM SHAH ALAM .....

Ramai penyokong pasukan bola sepak Kelantan pulang hampa gagal mendapatkan tiket ke perlawanan Piala Malaysia. Kegagalan terbabit turut mengundang kekecohan dikalangan peminat pasukan itu. 




Sementara itu di Pahang hanya lima kaunter jualan tiket dibuka menyebabkan peminat bola sepak negeri itu terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan tiket berkenaan yang dibuka pada jam 10 pagi. 

LIHAT VIDEO..... DI SINI   .... DI SINI

No comments:

Post a Comment