Tuesday, 29 October 2013

FEMEN BRITAIN MAHU REKRUT WANITA UNTUK TAYANG PAYUDARA


Femen mahu rekrut wanita Britain

LONDON - Kumpulan penunjuk perasaan penuh kontroversi, Femen mahu merekrut wanita Britain untuk menyertai gerakan ekstrem mereka. Femen terkenal kerana mengadakan tunjuk perasaan dengan mendedahkan payudara bagi membantah ketidakadilan gender di seluruh dunia.



Kumpulan tersebut dalam satu kenyataannya berkata, ia mahu Britain menjadi negara ke-11 yang mempunyai perwakilan Femen.


AKTIVIS Femen, Sasha Shevchenko (kiri) dan pengarah filem, Kitty Green menghadiri Anugerah Festival Filem BFI London pada 19 Oktober lalu. 

"Wanita Britain telah menyertai tentera bogel (Femen), mereka berkata, kami perlukan Femen di Britain," kata pengasas dan ketua kumpulan itu, Inna Shevchenko.

"Pelacuran, undang-undang imigresen dan fahaman ekstrem Islam tidak akan terlepas daripada Femen. Kami akan sentiasa mencari jalan untuk berada di tempat ia diperlukan," tambahnya.

Diasaskan di Ukraine pada tahun 2008, Femen berkembang menjadi sebuah pergerakan antarabangsa tidak lama kemudian. Aktivis-aktivis kumpulan itu pernah menyerbu Pertunjukan Fesyen Paris. Femen turut mengadakan demonstrasi separuh bogel di luar Stadium Olimpik di Kiev menjelang Euro 2012 untuk membantah percubaan membenarkan pelacuran semasa temasya bola sepak berkenaan di Ukraine dan Poland. - Agensi

No comments:

Post a Comment