Thursday, 24 October 2013

AWAS !!! PENGAWAL KESELAMATAN TEMBAK MATI PEGAWAI BANK MASIH BEBAS ...!!!


INFO SUSPEK KES BUNUH PEGAWAI BANK DI SUBANG JAYA TELAH DITANGKAP DALAM PERJALANAN KE SABAH DI LCCT ADALAH PALSU...PALSU..!!!!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan khabar angin yang mengatakan suspek kes bunuh dalam rompakan di sebuah bank di Subang Jaya petang semalam telah berjaya ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika cuba melarikan diri ke Sabah adalah palsu.


Suspek bernama Ardi Hamza, 37, dan berasal dari Tawau Sabah, manakala mangsa bernama Norazita Abu Talib, 37, ialah seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak. 

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999. sumber


Sehubungan dengan itu, berkemungkinan suspek tersebut adalah warga asing dan nama Ardi Hamza itu tidak wujud...!!!

IKUTI catatan MAZIDUL................


Barangkali berkebetulan.

Pada Mei 2009, saya mengesan penipuan membabitkan pengawal keselamatan kononnya berasal dari Tawau, Sabah walhal sebenarnya warganegara Indonesia. Mujur saya mampu bercakap dalam loghat Sabah dan dari gaya bahasa digunakannya, saya tahu dia bukan rakyat Malaysia. 

Klik di sini untuk membaca entri terbabit.

Saya percaya, sejak semalam polis di Tawau tentunya cuba mengumpulkan maklumat tepat berhubung suspek kes bunuh Norazita Abu Talib, Ardi Hamza, berdasarkan alamat tercatat di kad pengenalan pengawal keselamatan itu. Jika alamat No 70, Jalan Apas,  Batu 20, Tawau itu wujud, penduduk di sekitar pasti mengenalinya atau ahli keluarga suspek terbabit. 

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, polis sedang menyiasat samada suspek itu warga asing menggunakan kad pengenalan palsu.  Pendapat peribadi saya, melalui pengalaman, kebarangkalian itu ada. Berkemungkinan besar, nama Ardi Hamza itu juga tidak wujud atau milik individu lain.

Saya tidak pernah jemu selama ini mendedahkan kes pengawal keselamatan warga asing bertugas secara haram di Malaysia. Jika rajin, sila Google 'Bersama Mazidul pengawal keselamatan warga asing' dan bacalah entri saya tuliskan berserta bukti. Bukan sahaja warga Indonesia, rakyat Bangladesh, Myanmar dan Pakistan turut mengaburi mata masyarakat sebaik mereka memakai seragam pengawal keselamatan.

Dalam kes tembakan pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor ini, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri wajib menyiasat secara terperinci syarikat membekalkan pengawal keselamatan kini berstatus pembunuh itu.

Saya difahamkan berita penangkapan suspek di LCCT masih belum disahkan oleh polis Selangor.

Sila hubungi talian 03 2052 9999 jika mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek.

No comments:

Post a Comment