Sunday, 20 October 2013

ANGKARA HARTA PUSAKA DAN IBU TIRI.... 4 BERADIK BELASAH AYAH KANDUNG....

q4 Beradik Belasah Ayah Kandung Kerana Harta Pusaka: Mak Tiri Jadi Punca - Terbakor

Bagaikan dirasuk syaitan, empat beradik dan seorang menantu perempuan sanggup membelasah bapa kandung mereka sendiri menggunakan pengunci stereng kereta hanya kerana berebut harta pusaka selepas lelaki itu berkahwin lain.

Lebih menyedihkan, salah seorang daripada mereka yang berusia 14 tahun seolah-olah ‘gembira’ melihat bapa dan bapa saudaranya ‘lunyai’ ditumbuk dan dipukul di taman perumahan murah di Teluk Piah pada 12 Oktober lalu.
Kejadian yang berlaku jam 10.30 malam itu, bermula apabila empat beradik berkenaan datang menaiki tiga kereta dan turut membawa sekumpulan lelaki bertujuan untuk ‘mengecohkan’ kawasan hadapan rumah bapa mereka sehingga jiran berhampiran tidak berani masuk campur.
Pada waktu itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 51, yang juga peniaga kecil-kecilan keluar bersama isteri untuk mengambil anak tirinya yang berusia 10 tahun yang mempunyai latihan silat di Tanjong Karang.
Katanya, dia terkejut menerima panggilan anak perempuan tirinya yang takut apabila rumahnya dimasuki anak sulung berusia 29 tahun.
“Ketika itu, saya risau memikirkan nasib dua anak perempuan yang berusia 12 tahun yang mungkin dicederakan anak sulung itu dan segera menghubungi adik yang tinggal berhampiran rumah untuk menjenguk keadaan mereka.
“Bila saya sampai rumah, saya terkejut melihat adik telah dibelasah anak tanpa belas kasihan menggunakan pengunci stereng kereta. Mereka pukul bahagian kaki, badan dan kepala.
“Saya cuba meleraikan pergaduhan itu dan nasihatkan mereka, tapi malangnya saya turut dibelasah dengan pengunci stereng itu tanpa henti,” katanya yang turut memberitahu menantu sulung dan seorang anak perempuannya juga terlibat.
“Bukan saja pukul, mereka maki saya tanpa rasa hormat dan menuduh saya menganiaya emak mereka tanpa usul periksa,” katanya yang telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Selangor sejurus selepas kejadian.
Tak sangka anak sanggup pukul kerana harta
Abdullah berkata, dia tidak menyangka mereka sanggup berbuat begitu hanya kerana mahukan harta dan tidak berpuas hati mendapat ibu tiri  sedangkan perkahwinan itu adalah kemahuan tiga anaknya yang masih kecil.
“Kami berkahwin pun bukan dasar cinta tapi mahu bahagiakan anak-anak yang masih kecil dan kehilangan ibu. Tapi mereka salah faham dan sering maki malah tuduh saya menganiaya emak mereka (yang sudah meninggal dunia).
“Sedangkan ketika Allahyarham isteri saya masih hidup, mereka tidak pernah nak tunjuk muka, apatah lagi nak bantu menjaganya yang menderita sakit buah pinggang sehinggalah Allahyarham meninggal dunia pada Februari lalu,” katanya dengan nada sedih.
Abdullah menambah, sebaik sahaja dia berkahwin baru, barulah anak-anaknya menunjukkan muka bertujuan untuk mendapatkan harta.
“Mereka bimbang isteri baru saya akan bolot semua harta yang ada… sedangkan saya hanya bergantung hasil perniagaan yang dijalankan bersama isteri. Saya bukannya berharta pun sehinggakan mereka menuduh isteri mahu mengikis harta.
“Kalau ikutkan hati yang marah, mahu saya ambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang derhaka, tapi saya masih sayang dan mahu mereka insaf,” katanya yang mengakui tiga anak tirinya yang berusia sembilan hingga 12 tahun lebih rapat dengannya. SH

No comments:

Post a Comment