Thursday, 17 October 2013

ABBY ABADI LEBIH BIJAK DARI HAKIM MAHKAMAH RAYUAN.... ???!!!


Isnin lalu, 14 Oktober memberikan berita gembira kepada seluruh umat Islam di Malaysia apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan kalimah Allah S.W.T hanya hak mutlak agama Islam.

Isu kalimah Allah S.W.T ini menjadi isu berbangkit sejak beberapa tahun ini yang dibawa khas oleh parti pembangkang, Pakatan Rakyat.

Setelah keputusan diperolehi, masih lagi ada pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan keputusan muktamad yang dikemukakan oleh mahkamah.

Salah seorangnya adalah ‘Ustazah’ Abby Abadi yang dilahirkan dalam parti PAS, parti di mana yang dipimpin oleh presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga punyai pendirian penggunaan kalimah suci itu oleh golongan Kristian boleh diizinkan.

Dalam lama sosial Twitternya, Abby Abadi menyokong kenyataan pengikut-pengikutnya yang mengatakan institusi Mahkamah di negara ini adalah bodoh dalam menentukan rayuan majalah mingguan Katolik, The Herald, untuk mengguna pakai kalimah Allah S.W.T.

Selain itu, Abby Abadi turut menyokong keadaan di negara-negara Arab membolehkan kalimah Allah S.W.T diguna pakai oleh penganut agama lain yang seharusnya diamalkan juga di Malaysia.

Keadaan ini akan mewujudkan situasi pergaduhan sesama rakyat di Malaysia selain menampakkan Abby Abadi sebagai batu api dalam menyemarakkan pertelingkahan antara kaum dan agama di negara ini.

No comments:

Post a Comment