Monday, 23 September 2013

SCHA AL-YAHYA BUANG KETUMBUHAN DALAM RAHIM

Scha Al Yahya Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Dalam Rahim

Scha Alyahya, pelakon dan pengacara popular itu dilaporkan baru sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam rahimnya, awal September lalu.


Menurut kata Scha, doktor telah mengesahkan dirinya menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.
“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi,” katanya memetik laporan Metro Ahad.
Sebaik selepas menjalani pembedahan itu, doktor turut menyarankan pelakon kelahiran Kedah ini untuk berehat selama sebulan namun disebabkan dia jenis yang tak boleh duduk diam, Scha hanya bercuti selama dua minggu sebelum kembali bertugas seperti biasa.

Selepas diangkat menjadi duta produk elektronik Sen Heng, kini Scha dan suaminya, Awal Ashaari sekali lagi berganding menjadi pengacara, mengendalikan rancangan The Band yang akan disiarkan di Astro Prima tidak lama lagi. Lagi.... di sini

No comments:

Post a Comment