Saturday, 7 September 2013

SALLEH YAAKOB MAUT, ISTERI CEDERA, DISAMBAR PETIR

Salleh Yaakob, 51, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Norehan Hassan, 49. cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh kerana disambar petir ketika baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikalnya.

Beliau yang bekerja sebagai seorang penoreh getah maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.15 petang semalam.
Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.
Yang turut menziarah jenazah ialah Anggota Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said.
Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment